Balik kerja tengahari tadi, check handphone dan aku dapati terdapat sms dari nombor 62003, info tentang OPS Daulat.
RM0. PDRM: Ops Daulat – Jangan mempercayai sebarang khabar angin yang diterima. Sila hubungi balai polis terdekat untuk pengesahan info.
Apabila terbaca sms ini, betul gak, sebab terlalu banyak khabar angin tentang isu pencerobohan di Lahad Datu, maka masyarakat mula bimbang dan tak duduk senang.
Baru-baru ni gak, ternampak satu video di facebook, kononnya video salah seorang pegawai polis kita yang disembelih di Kg Simunul, Semporna. Jadi, aku tunjuk video tu kepada suamiku, dia tak percaya akan kesahihan video tu jadi dia minta tolong tanya kawannya yang bertugas sebagai pegawai polis untuk membuat pengesahan tentang video tersebut. Rupa-rupanya, video tu dari Mexico tapi telah diubahsuai oleh individu tertentu.
Kalau video tersebut betul, boleh mengaibkan mayat pejuang kita, so itu aku memang tak setuju.
Jadi,apa-apa pun, pastikan kita mendapat info yang tepat supaya tiada masalah di kemudian hari. Semoga pejuang kita sentiasa dilindungiNya. Amin
Emm dah tu cakna ke tidak pada SMS tu?hehe

Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #63 – Cer Teka Siapa Saya
OPS daulat tu apee ?
bgus jgk sms mcm tue, , skurangnya kita xcaya sgt berita yg disebarkan , ,nth betul nth tidax,,
heirizalieyana recently posted..Suria FM Berwajah Baru!
aku memang susah nak percaya.
titan recently posted..Bukan gua tak nak main Adsense..
Berita sekarang nie banyak yang putar belit. susah betul nak percaya. haishh
Anis recently posted..Nak RM50 takkk ?
banyak sebenarnya video dan gambar yang tak betul pasal isu pencerobohan Lahad Datu ni yang tersebar kat FB.
Sya Isya recently posted..Ada Blogger Nak Bagi RM 50… Siapa Nak, Angkat Tangan!
penyalahgunaan cyber lah dieorg ni :/
Nana AMeer recently posted..Novel karya SITI ROSMIZAH
salam aya 🙂
dgn kemudahan internet dan komputer yg semakin mudah digunakan oleh sesiapa juga skrg mmg mudah berita atau gambar palsu dibuat dan disebarkan…sbg pengguna yg bertanggungjawab kita kena bijak menilai setiap berita, video atau gambar yg tersebar..
Ayie Abas recently posted..WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT
semoga semuanya cepat pulih. =’)
Wana wazm recently posted..Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
yang dok share pasal vid tu jat blog pun taknak buat kajian dulu, terdesak sangat nak cari trafik sampai buat kerja sambil tutup mata. err
fariq recently posted..Lagu Zaman Kanak-Kanak
jat pulak.. *kat.. kemain typo je skrg.. huhuu
fariq recently posted..Lagu Zaman Kanak-Kanak
Kelmarin dulu , orang sekampung mati dalam peperangan ni. Al Fatihah. Doakan yang terbaik untuk semua yang terlibat ..
Aiman Aziz recently posted..Pencarian Bloglist untuk 2013
Saya memilih tidak menulis perkembangan di Lahad Datu kerana mempercayai kemampuan anggota keselamatan perangi pengganas Sulu. Pada masa tidak mahu mencetuskan situasi panik semata-mata kejar trafik.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Kacang ubat jerawat