Sebenarnya, hari ini, aku nak kongsi satu peluang buat duit dengan kerja sambilan secara online di rumah. Korang pernah dengar tentang Jobdirumah.com? Aku selalu gak tengok blogger-blogger mempromosikan laman web ini, dan tiba-tiba terasa pula nak daftar kerja sambilan ni.
Ok, sebenarnya, aku baru je daftar untuk bekerja dari rumah melalui Jobdirumah.com hari ini. Sebelum mendaftar ni, aku ada juga buat kajian dan pemerhatian sama ada laman web ini menipu atau scam. Tapi so far, semua review dan testimoni yang aku jumpa menunjukkan Jobdirumah.com tidak tipu punya. That’s why berminat nak join program ni. Kot-kot boleh buat duit secara online.
Mesti ada yang bertanya, gaji doktor tak cukupkah untuk aku? 🙂 . Secara jujur, gaji yang aku terima setiap bulan Alhamdulillah mencukupi, tapi sebab aku minat bab-bab internet dan peluang buat income melalui internet, maka aku pun terasa nak mencuba. Kalau ya pun Jobdirumah.com ini adalah satu penipuan, maka aku halalkan dan anggap ia satu sedekah. Dan mudah-mudahan dengan niat sedekah ini, mampu memberikan aku lebih banyak rezeki dari sumber lain.

Bagaimana Jobdirumah.com boleh memberikan kerja sambilan dari rumah?
Mengikut pemahaman aku, pihak mereka sebenarnya tidak menyediakan secara terus tugas-tugasan dari rumah, tapi pihak Jobdirumah.com atau JDR sebenarnya menyediakan perkhidmatan, panduan dan video tutorial cara mendapatkan kerja di rumah melalui sumber-sumber yang betul. Mereka ini adalah pihak yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Home-based business dan Internet Marketing.
Mereka akan berhubung dengan syarikat-syarikat yang menyediakan pekerjaan dan sebarang kerja kosong yang baru akan diemailkan kepada kita setiap pagi.
Aku terfikir gak kenapa perlu bayar RM50 untuk daftar Jobdirumah.com?
Menurut Jobdirumah.com, bayaran RM50 ini adalah kos pihak JDR yang menyediakan khidmat ini termasuk perbelanjaan perniagaan biasa seperti webhosting, software, membayar gaji pekerja-pekerja untuk menguruskan semua aspek di laman web seperti khidmat pelanggan, pengiklanan, jualan dan teknikal.
Kesimpulannya, modal yang kita keluarkan adalah untuk perkhidmatan yang mereka sediakan.
Tapi betullah juga, kalau kita nak mohon kerja pun, kita keluarkan modal kan. Contohnya,kita kena beli borang permohonan, kena buat resume, kena buat gambar passport lagi, dan pergi tempat temuduga pun, kena bayar tambang kereta atau kena isi minyak, so basically kita kena keluarkan sedikit modal untuk dapat satu pekerjaan. Itupun kalau berjaya. Betul tak?
So, sekarang ni, apa-apa pun, kena keluarkan sedikit modal atau pengorbanan. Oklah, aku tak nak cakap banyak-banyak sangat sebab aku pun baru daftar, tapi jangan risau, insyaAllah, apa-apa perkembangan nanti, aku share dengan korang ye. Kalau nak tau lebih lanjut atau nak daftar, boleh KLIK SINI. Selamat berjaya.
Ada sapa-sapa yang dah join? jomlah share..
Nak try…tapi mcm mana
sis..boleh daftar di sini : http://www.jobdirumah.com/sekarang
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015 , Siapa 10 Blog Pilihan Terbaik?
assalamualaikum. nak tanya, akak still join jobdirumah tu ke? nak tahu perkembangan la.. saya tengah review pasal jobdirumah tu.
walaikumsalam.. so far, akak aktif dengan affiliate jobdirumah.. 🙂
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015 , Siapa 10 Blog Pilihan Terbaik?
Memang boleh jana pendapatan dengan program ni.
Kalu doktor kata gitu…insyallah saya pun nk join lah
boleh cuba juga ni.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted..Hidup Cara Islam
salam , betol ka benda ni ? saya nak daftar tapi takur terkena lagi .. setakat ini sampai bulan july ni , dah dapat berapa yaa .. ? kalau betul dibayar dan boleh dapat bayaran .. saya nak daftar .. untuk bantu keluarga saya ..
assalam…macam mane nak join ye?
untung ke tak buat benda ni ?
Terima kasih di atas review diatas. Saya sedang buat research pasal jobdirumah.com ni. Baru sahaja join pagi tadi.
donnyien recently posted..Isu pencerobohan Lahad Datu
maaf cuma nak bertanya. cik da mendaftar…dan tentunya cik sudah pon pernah mndpt kerja..ada step mudah x nak dpt kerja tu…sy apply utk data entry je…tp berserabut…ada step mudah yg leh dikongsi x?
mcm mne kte nk bid kerja ye
Salam…pernah jugak dgr JDR ni, igt nak try…Sis nnt share2 la kalo dh dpt keja kt JDR..kalau betul JDR ni xtipu, boleh la nak join..hee..btw Good luck! 😀
Seneorita Baharin recently posted..Senarai bloglist yang join my first short segmen! Jom join cepat..Harini last! 🙂
semoga berjaya dengan JDR..saya tak sempat la nak try mana² program..dah kena berkhidmat semula..hehe
Sharafie recently posted..Kisah Seram Misteri Puaka Rumah Sewa Seremban 2
salam aya 🙂
baru tau pasal JDR nih…lepas ni nk terjah tgok lebih lanjut.
terima kasih berkongsi 🙂
Ayie Abas recently posted..Ombak Di Jiwa Shila Amzah
Tengok review kat mana-mana yang dah turut serta pun kata program JDR ni ok buat masa sekarang. Saya masih belum berkesempatan lagi.
Cikgu Hairul recently posted..Percutian Terlebih Bajet Melaka
Betul juga apa yg Aya kata tu. Apa2pun mesti memerlukan duit..nak masuk tandas awam pun kena bayar, inikan pula nak minta kerja!
teratai recently posted..Tajuk Kerja Kursus Geografi PMR 2013
salam..
kalau ada masa lapang
dah tentu saya pun nak
cuba lepas nih 🙂
Bro Zulkbo recently posted..Apa Itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan? Pencegahan Dan Cara Rawatan
jom join ramai-ramai.. 🙂
Aya recently posted..Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor
dia dah try dahh..habislah aku lepas nih. haha..
titan recently posted..Komisen ke 15 dan 16 dari Jobdirumah.com
titan still leading ni..hehehe
Aya recently posted..Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor
Ramai juga sahabat blogger yang sudah menyertai Jobdirumah ini.
akubiomed recently posted..Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hati
akubiomed tak nak join ke?
Aya recently posted..Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor