10 Fakta Kesihatan Payudara Wanita ! Ramai Tidak Tahu…

10 FAKTA KESIHATAN PAYUDARA WANITA | Assalamualaikum rakan-rakan Blogger Wanita, hari ini, saya akan kongsikan 10 Fakta Kesihatan Payudara Wanita yang ramai tidak tahu dan paling penting, lelaki pun perlu tahu demi ilmu. Semoga informasi ini memberi manfaat. In Sha Allah.

fakta-kesihatan-payudara-wanita

10 FAKTA KESIHATAN PAYUDARA WANITA YANG WAJIB TAHU!

1. Payudara wanita terdiri daripada tisu lemak, kelenjar susu dan tisu penghubung. Dalam payudara, tiada otot besar tetapi payudara melekat pada otot dada iaitu otot pectoral. Dalam payudara wanita, hanya terdapat sel otot licin dalam kelenjar susu yang dipanggil sebagai myoepithelial cell yang akan membantu perembesan susu ibu yang dipengaruhi oleh hormon semasa penyusuan susu ibu.

 

2. Saiz payudara wanita dipengaruhi oleh tisu lemak (Adipose Tissue) sebelum mengandung. Dianggarkan 85% daripada payudara wanita adalah tisu lemak namun semasa mengandung, kelenjar susu semakin bertambah untuk persediaan penyusuan bayi. Tisu lemak payudara dipengaruhi oleh beberapa hormon seperti hormon Estrogen dan Progesteron.

 

3. Dua payudara wanita adalah adik beradik tetapi bukan kembar. Maksudnya, saiz payudara atau puting payudara wanita adalah berbeza antara kiri dan kanan. Ada satu keadaan di mana keadaan puting termasuk ke dalam iaitu kita panggil sebagai Inverted Nipple.

 

4. Saiz payudara dan fungsi payudara dipengaruhi oleh beberapa hormon dalam badan. Contohnya hormon Estrogen, Progesteron, Prolaktin dan Oxitoxin.

 

5. Setiap wanita akan mengalami payudara sakit atau payudara membengkak sebelum haid. Kenapa berlaku? Disebabkan oleh perubahan hormon wanita.

 

6. Kelenjar susu wanita akan menyusut selepas menopause atau putus haid. Kelenjar susu dipengaruhi oleh hormon Estrogen & Progesteron dan apabila putus haid, dua hormon ini akan menurun dan menyebabkan kelenjar susu mengecut sedikit.

 

7. Kanser payudara tidak berdiskriminasi. Kanser payudara boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak semestinya perlu ada keturunan kanser. Kanser payudara juga boleh berlaku kepada lelaki dan jika berlaku, biasanya ia jauh lebih teruk daripada kanser payudara wanita. Antara risiko adalah merokok, obesiti, alkohol, keturunan, tiada penyusuan bayi, umur yang meningkat dan radiasi. Sebab itu kita perlu membuat pemeriksaan payudara setiap bulan untuk mengesan ketulan payudara lebih awal.

 

8. Ketulan payudara tidak semestinya kanser payudara. Ketulan payudara boleh disebabkan oleh jangkitan payudara seperti Mastitis atau Abscess. Selain daripada kanser payudara adalah Ketumbuhan yang tidak bahaya seperti Fibroadenoma dan Breast Cyst.

 

9. Pemeriksaan payudara perlu dilakukan setiap bulan. Biasanya beberapa hari selepas haid. Jika sebelum haid agak tidak sesuai kerana payudara sedikit bengkak dan rasa tidak selesa.

 

10. Terdapat beberapa pemeriksaan dan ujian perlu dilakukan jika terdapat ketulan payudara. Langkah pertama adalah pemeriksaan payudara oleh doktor. Ultrasound payudara atau Mammogram akan dilakukan untuk penyiasatan lebih lanjut. Pengambilan Spesimen seperti FNAC atau biopsy pula dilakukan untuk memastikan diagnosa yang lebih tepat untuk ketulan payudara wanita tersebut.

 

Untuk penerangan lebih lanjut, boleh tonton Video Youtube Dr Nur: 10 Fakta Kesihatan Payudara Wanita! Lelaki Pun Wajib Tahu!

Semoga informasi tentang Fakta Kesihatan Payudara Wanita ini memberi manfaat kepada rakan-rakan Blogger Wanita.. 🙂

 

About Auther:

Hubungi admin@bloggerwanita.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

One thought on “10 Fakta Kesihatan Payudara Wanita ! Ramai Tidak Tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge