Warkah Buat Isteri

Cukup besar dugaan dan pengorbanan seorang suami terhadap isterinya. Sayu hatiku bila membaca kisah kehidupan mereka. Kebahagian rumahtangga hanya dapat dirasai selama 2 tahun sahaja. Mari kita sama-sama membaca kisah sedih ini. Kisah yang agak panjang, tapi bagiku, rugi kalau kita tak baca sebab terlalu banyak pengajaran dan peringatan buat kita.

Abil dan Fauziah

 

Kasih Suami Merelakan Isterinya Pergi..

~ KISAH ABIL & ALLAYARHAMAH ISTERI, GEE…

“Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.

“Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini.”

 

Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu. Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.

 

“Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.

“Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap…”

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali…

“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik,” nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas kehilangan isteri tercinta.

“ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!”

 

Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup. Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.

“Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.

“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.

“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

 

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu. Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.

“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.

 

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga. Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.

Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin. Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.

“Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi.”

Sumber : Sinarharian

 

Abil dan Fauziah Dahulu
Ini adalah gambar Abil dan Fauziah ketika mula-mula bernikah dulu.. Sungguh gembira dan berseri wajah si pengantin..

 

Ini pula…

Abil dan Fauziah Sekarang
Ini pula gambar Abil dan Fauziah, selepas Fauziah diserang penyakit asma dan mengalami masalah saraf.

Sedih dan Simpati membaca kisah mereka.  Hanya umat yang terpilih sahaja mendapat dugaan yang besar ini. Semoga Allah mencucuri rahmat saudari Fauziah dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah. Sesiapa yang belum tahu kisah suami isteri ini, boleh layari blog mereka http://abil4fauziah.blogspot.com ( Warkah Buat Isteri)

Sama-samalah kita ambil ikhtibar dari kisah mereka. Kita kena sentiasa beringat yang kita tidak selalunya sentiasa sihat. Bila-bila masa, Allah boleh menarik nikmat kesihatan dari kita. Maka, sama-samalah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kat kita.  Carilah calon suami yang mampu menjaga kita ketika kita sakit atau susah. Jangan salah pilih ye, jangan pilih seseorang itu sebagai suami kerana dia tampan, berpangkat atau sekadar kaya raya.  Pilihlah seseorang suami itu kerana agamanya.  Jika si suami berpegang teguh kepada ajaran agama,  InsyaAllah, beliau tahu akan tanggungjawabnya terhadap isterinya.

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

10 thoughts on “Warkah Buat Isteri

  1. ya ALLAH , sedihnya kalau jadi kat fan\mily kita ..

  2. sedihnya sy baca :’(

  3. mmg sedih baca kisah beliau..baca kisah nie pd hri isteri beliau mningal..xtaw upernya dekat jer dgn taman prumahan..adeii
    ivy recently posted..Giveaway BFF FOREVERMy Profile

  4. Betul-betul sebak dapat tahu pasal ni.. Sebelum ni pon slalu jugak update dekat blog bro abil ni.. Memang tabik spring buat beliau.. Lelaki one in a million.. Semoga arwah ditempatkan bersama org yg beriman.. Takziah buat keluarga..
    Mr Doctor recently posted..10 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Dari Tandas Anda!My Profile

  5. salam aya :)

    kisah mereka memang mengharukan kita semua…ayie tgok kat tv beberapa lama dulu..

    al fatihah…
    Ayie Abas recently posted..WEEEHU! FINALE GA PGGP & DAKU AMATMy Profile (dofollow)

  6. Sebab tu kita dinasihatkan supaya ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
    ** Harap si suami tabah.
    Hairul Azni recently posted..8 Koleksi Menarik Seni CinemagraphsMy Profile

  7. Al-fatihah. semoga suami dia tabah menghadapi ujian Allah…
    Anis recently posted..[Review] Shopping Di ZaloraMy Profile

  8. sama-samlah kita doakan tuk arwah. sedih sangat bila baca kisah ni.
    Wana wazm recently posted.."GA Demam ABPH By Wana"My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge