Terharu baca berita kat Kosmo, bagaimana seorang warga emas lelaki berumur 82 tahun, Abdullah Che Ibrahim di Tumpat, sanggup berpanas terik di JPJ untuk mengambil lesen menunggang motorsikal demi cucunya. Dengan adanya lesen tersebut, beliau tidak lagi perlu disaman kerana tidak memiliki lesen dan boleh menghantar cucunya ke sekolah tanpa perlu risau. Tahniah..
Gambar Hiasan
Selalunya orang tua sentiasa sanggup berkorban untuk anak-anak dan cucu-cucunya, tetapi segelintir anak-anak tidak sanggup berkorban untuk orang tuanya. Bila sakit, hantar ke hospital dan lebih sanggup upah orang jaga orang tuanya berbanding sanggup menjaganya sendiri. Harap ini tidak berlaku di kalangan kita. Amin..
Satu pengorbanan besar datuk kepada cucu demi kasih sayang. Apa pula pengorbanan kita kepada orang tua kita?
JUTAWANSAWIT recently posted..How to Invest in Commodities
hargai,hormati dan balas kasih sayang ibu bapa kita ..dan bagi yang dah meninggal dunia..doakan dan sedekahkan Al-fatihah setiap hari..
AYA…DALAM USIA 82 TAHUN…BERAPA LAMA LAGI TOK ABDULLAH CHE IBRAHIM dapat peluang menghantar cucunya ke sekolah…?
TAPI ITU TAK PENTING…KASIH SAYANG SEORANG DATUK KEPADA CUCUNYA MENGATASI ITU SEMUA…
…~_+ (terharu )
Ayie Abas recently posted..15 Wanita Paling Jelita Di Dunia
keikhalasan hati dan pengorbanan tok tu yang paling penting walaupun masa yang singkat..