Dakwa Bunuh Murid? Emmmm…

Sebelum ini, orang heboh tentang kisah pukul budak 7 tahun iaitu adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, oleh guru agamanya dan selaku warden, Hanif di sekolah agama di Alor Setar menyebabkan koma dan kematian. Baru terbaca info dari Kosmo yang menyatakan warden ini telah ditahan dan akan di dakwa atas tuduhan membunuh dan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Info: Murid Kena Pukul Meninggal, Penyelia Asrama di Tahan

Dakwa Bunuh? emmm..

hanif-pukul-budak-matiPhoto credit: Kosmo

Aku hanya harap mereka siasat betul-betul kes ini, sebab bagi aku kalau dia betul-betul nak bunuh budak tu, dia takkan bawa pergi ke hospital. Mungkin juga niat guru agama ini nak mengajar tapi tidak sengaja dan tidak sedar dia memukul budak tersebut sampai cedera parah di kepala. Walaupun aku memang tidak setuju dengan tindakan cikgu tersebut, tapi aku harap kes ini disiasat betul-betul.

Info: Warden didakwa Bunuh Murid

Aku pun tidak mahir bab undang-undang, tapi adakah pesalah akan dihukum gantung sampai mati walaupun mungkin tidak sengaja atau tidak dengan niat membunuh?

Apa komen korang ye? Ini sekadar pendapat aku.

14 thoughts on “Dakwa Bunuh Murid? Emmmm…

  1. Firstly kite xtau fakta kes. Pada permulaanya die didakwa di bawah seksyen 304 membunuh tanpa niat. Tapi selepas perbicaraan dituduh bawah 302. Mungkin ada fakta2 yg umum xtahu sampai hakim sabitkan die bawah 302. Kalau ikut logik mmg xmasuk di akal sorg cikgu nak bunuh anak murid. Apa motif pembunuhan? Public kne siasat/buat homework sblum kluar pendapat.

  2. AYA…TIAP2 SESUATU PERBUATAN ITU ADA BALASANNYA…
    DALAM PENGAMBILAN GURU @ USTAZ BIARLAH MEREKA YG BENAR2 BERKELAYAKAN DAN MINAT YG DIAMBIL JANGAN MEREKA YG MEMOHON KERANA TIADA PILIHAN KERJA LAIN…tuu yg TIMBUL MASALAH DI KEMUDIAN HARI…
    …APAPUN TINDAKAN SEORANG DEWASA MEMUKUL SEORANG KANAK2 YG BELUM BALIGH HINGGA KOMA DAN SETERUSNYA MENINGGAL DUNIA MEMANG TIDAK DAPAT DITERIMA DI DLM MASYARAKAT YG BERTAMADUN.
    Ayie Abas recently posted..15 Wanita Paling Jelita Di DuniaMy Profile

    1. Aya rasa sepatutnya hanya mereka yang betul2 berminat je jadi Cikgu.. bukannya sebagai pilihan terakhir…

  3. ish, aoa nak jadi la zaman sekarang ni…
    apa perasaan dia kalau hal mcm ni jadi dekat famly dia, kesian pada ibu pada budka tu..

    1. betul tu Jue.. harap diorang siasat sebaik mungkin.. jangan terlalu ikut emosi… kasihan juga dengan arwah dan kasihan juga dengan cikgu tu.. mungkin itu dugaan untuknya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge