Wanita Terberat Di Dunia

Pauline Potter secara rasmi telah memecahkan rekod dunia sebagai wanita terberat di dunia atau wanita paling gemuk di dunia. Pauline berusia 47 tahun dari Sacramento, California, sekarang ni cuba untuk menurunkan berat badannya yang sekarang ini mencecah 700 pounds, ini kerana segala aktiviti hariannya terganggu disebabkan masalah berat yang dihadapinya.
Pauline susah untuk berjalan, menaiki kereta dan malah bergerak dan berpusing di katilnya sendiri pun susah.

pauline-potter

Pauline menyatakan bahawa gen yang dibawanya itu menyebabkan dia menjadi obese. Sejak kecil lagi, dia dibesarkan dengan pelbagai makanan yang mampu menaikkan berat badannya, Emaknya memiliki berat lebih 400 pounds dan bapanya melebihi 600 pounds. 8 orang adik beradiknya memiliki berat melebihi 300 pounds kecuali seorang.

pauline-potter-baby

Pauline Potter masa bayi

pauline-potter-infant

Pauline Potter masa kanak-kanak sebelum jadi Obese

pauline-potter-childhood

Pauline Potter ketika zaman kecilnya

pauline-potter-teenager

Pauline Potter zaman remajanya

Pauline Potter telah tersenarai sebagai wanita terberat di Guinnes World Records 2012.

Sumber asal: Dailymail

Peringatan: Kawal makanan kita sebelum menjadi seperti Pauline. Pauline Potter sendiri menyesal dengan keadaannya sekarang ini dan masih berusaha untuk menurunkan berat badannya. Apa komen korang?

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Gaptek Update 19/09/2011 at 1:12 am

    wah gemuk segitu masih mampu berdiri. artinya masih mampu untuk olahraga. cmiiw
    Gaptek Update recently posted..Obat Nyamuk Lebih Berbahaya Dari 100 Batang RokokMy Profile

  • zulkbo 10/09/2011 at 11:02 am

    salam..
    bila dah berat sangat begini
    mesti banyak masaalah..baik
    dari segi kualiti hidup mahupun
    kesihatan
    zulkbo recently posted..Google Paksa Saya Tukar Template BaruMy Profile