Wanita Sanggup Mencuri RM840,000 untuk Kahwin

Bila baca berita ini di Berita Harian, banyak pengajaran yang boleh diambil. Seorang pengantin wanita di London sanggup mencuri RM840,000 (168000) dari majikannya semata-mata mengidamkan majlis perkahwinannya secara mewah dan besar-besaran.

Gambar Kristy Lane

Kristy Lane, berumur 29 tahun didapati bersalah kerana telah memalsukan dokumen invois untuk menggelapkan wang syarikat tempat kerjanya. Majikan yang turut menjadi tetamu dalam majlisnya itu mengesyaki sesuatu yang pelik kerana Lane bukannya berasal dari keluarga yang mewah. Majikan telah menyiasat dan mendapati Kristy Lane pecah amanah yang hampir membuatkan syarikatnya muflis.
Nampaknya, Kristy Lane yang bercadang untuk bulan madu di Mexico, akhirnya terpaksa menghabiskan masanya di Penjara selama 20 bulan kerana sikap tamaknya.

Mudah-mudahan kita tidak jadi seperti ini, sanggup melakukan sesuatu yang tidak berfaedah, sanggup pecah amanah,, semata-mata ingin menunjuk-nunjuk kemewahan perkahwinan kita. Nauzubillah.
Apa pendapat korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

32 thoughts on “Wanita Sanggup Mencuri RM840,000 untuk Kahwin

  1. ish ish, ada juga begini yer -_-
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  2. kalau dia buat secara sederhana dan kumpul duit, tak mencuri mesti dah kahwin dgn bahagia tak perlu merengkok dalam penjara..

  3. sepertinya segala cara bisa dilakukan,,sangat disayangkan , mudah2 cerita ini dapat diambil hikmahnya,,
    adhelia recently posted..Important tips to make your tour to ChinaMy Profile

  4. Sekejap saja kaya dan masuk pula penjara, sebagai wanita aku tumpang kasihan dengan nasibnya

  5. Ape la ilmu yg lelaki tu pakai kan sampai wanita ni sanggup mencuri?
    Sara recently posted..Fesyen Polka Dot Yang Trendy Masa KiniMy Profile

  6. gersang nk kawen r ni.huhu :p

  7. zaman sekarang semua nak duit kan hmmm mencuri tak patut

  8. kawen punya hal….

  9. Ya Allah macam macam hal..

  10. orang macam ni pun ada, memang sah kantoilah.

  11. mencuri utk jalan pintas zzzz
    Toon Army recently posted..10 Hair Care Myths And Facts ExposedMy Profile

  12. Ohhh desperado tul.. bukan mat salleh takyah kawin pun memang dah kawin ke diorang huhuhu.. takyah buat besar2 pun takpa haha
    aimannajmy recently posted..Melukis karikatur dengan Samsung Galaxy S2 part 1My Profile

  13. hi miss blogger wanita, jom exchange link…saya baru nk try2 aktif blogging..salam perkenalan

  14. macam-macam bole berlaku …ikutkan nafsu lesu…. ikutkan hati, mati… gitu la kehidupan

  15. dasyhat orang nih, sederhana je cukup lah
    eiela recently posted..Resepi Kuah Lontong MudahMy Profile

  16. ini kalilah .. berabis, tapi bukan duit sendiri .. hehe.. kalau dia buat sederhana kan lebih OK.

  17. Zaman skang nih nak kahwin semua mahal. Paling kurang 20k musti ada… Dah tiba masanya org2 kita ubah minded masing2..Buat kenduri secara sederhana supaya tidak menyusahkan pengantin. Lebihan duit boleh digunakan untuk masa hadapan

  18. ape daa…mcm ni pon boleh…padan muka last2 kena honeymoon dekat penjara…macam2 hal dunia nie

  19. padan muka last2 kena honeymoon dekat penjara…macam2 hal dunia nie

  20. Kenapalah perlu sampai jadi begitu… Apalah faedahnya jika mahu menunjuk2 dan bermewah2..
    Nur recently posted..wowww 1001 giveawayMy Profile

  21. sggup curi duit semata-mata nk khwin mewah..byk tu..

  22. Hutang kahwin pun belum bayar habis……
    keretahitam recently posted..Bagaimana Nak Ping Blog Anda?100 Ping ServisMy Profile

  23. Buat grand2 pastu papa kedana nak wat pe kan? Mcm2 orang nih..
    adamfaiz recently posted..Kalau Boring Layan Telur-telurMy Profile

  24. Salam..
    ermm..dah boleh retired saya kalau
    berduit banyak tu 🙂

  25. Cerita Bujang Lapok
    “Sekarang sudah sampai 5 anak, utang bunga dengan ceti masih belum abis bayar”…
    Jangan susahkan orang lain…
    keretahitam recently posted..Bagaimana Nak Ping Blog Anda?100 Ping ServisMy Profile

  26. Nilah yg dikatakan ‘biar papa asal bergaya’.. 🙂

  27. boleh ek camtu..mmg tamak
    pezol recently posted..PULAU TERAPUNG MENAKJUBKAN GAYA HIDUP JUTAWANMy Profile

  28. nasib baik 20 bulan, tak 20 tahun. huhu
    Sya Isya recently posted..NAZIHA SLOT ZEHRA TV3 IZARA AISHAH PELAKON UTAMAMy Profile

  29. Nak kahwin secara mewah, smpai sanggup pilih jln mcm tu. Last2 diri sendiri yang susah.. haii dunia….

  30. pelik2 la manusia zaman skarng ni,,, sederhana pun ok,, asalkan sah,, itu yang penting,,, haisy,,,
    muja recently posted..FIRST GIVEAWAY BY NURMUJAHIDAH, THE LADY WARRIOR.My Profile

  31. Tentu dia mahukan majlis perkahwinan ibarat cerita Fairy Tales. Malangnya caranya adalah salah akhirnya merengkok ke dalam penjara. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge