Wanita Mati Terkejut di Kerandanya

Kesian pula bila baca berita dari myMetro bagaimana seorang wanita mati disebabkan oleh serangan jantung ketika dia diletakkan dalam kerandanya sendiri. Keluarga dia fikir dia dah mati tapi rupa-rupanya tak. Pelik tapi benar…

gambar-fagilyu-fagili

KAZAN (Russia): Seorang wanita mati akibat serangan sakit jantung berpunca daripada kejutan besar dialami apabila tersedar di majlis pengkebumian yang diadakan untuknya.

Fagilyu Mukhametzyanov bagaimanapun tersedar ketika anggota keluarganya menangis di sekitar kerandanya yang terbuka.

Wanita berusia 49 tahun itu menjerit apabila menyedari mereka bersiap sedia untuk mengebumikannya.

Dia dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.

Suaminya, Fagili, 51, berkata: “Matanya berkedip-kedip dan kami serta-merta menghantarnya ke hospital.

“Bagaimanapun, dia hanya hidup untuk 12 minit lagi sebelum mati semula. Kali ini, dia pergi selama-lamanya.” Fagili berhasrat menyaman hospital berkenaan.

“Saya sungguh marah dan mahukan jawapan. Isteri saya ketika kali pertama dibawa ke hospital tidak mati tetapi mereka berkata dia mati.

Mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya,” kata Fagili.

Kesian pula kan? Janganlah jadi di Malaysia macam ni. Nauzubillah..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Wanita Mati Terkejut di Kerandanya

  1. dah mmg nak smapai ajal kan… disangka mati, rupany tidak – kemudian mati betul2
    Ummi Hanie recently posted..Ah, merajuklah !My Profile

  2. Ajal maut ditentukan Allah.Kita tak mampu menghalang kehendak-Nya.
    InfoBuahPinggang recently posted..Anak anda pesakit buah pinggang?Ini 14 tip untuk anda.My Profile

  3. ish… klu ese dah lari klu dia bgn balik.. hehee..

    tp ni kecuaian hospital. memang tak patut ar. diorg malas kot kan..

    • kot-kot ada orang lain yang boleh kena serangan jantung sbb terkejut mayat hidup semula..

      • mayat hidup semula tu xpe la juga aya, sebab kira sebagai insiden kemalangan 😀

        tp yg ni lak kecuaian, sadis la mcm tu. dia sedar masa dalam keranda dan mati terkejut tu dah sadis dah. tp kalo sedar masa tlh di timbus then mati cam tu lg sadis adehh sian
        shah blogger recently posted..Cara Drift KeretaMy Profile

        • Betul tu.. Kecuaian tu yang boleh bawa masalah.. setiap orang tidak lepas dari melakukan kecuaian.. tapi apa-apa pun kita kena usaha melakukan yang terbaik dan jangan lalai.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge