Wanita Macam Cheetah Mengandung!

Hari ini,aku sangat sibuk dengan kerja. Awal pagi, dah ada perhimpunan pagi di hospital tempat aku kerja. Perhimpunan pagi ini dijalankan setiap awal bulan. Oleh kerana pengarah hospitalku bercuti kerana isterinya bersalin, maka aku kena menggantikan beliau untuk memberi ucapan dan amanat beliau di perhimpunan tersebut.

Selesai perhimpunan pagi hospital, lebih kurang pukul 9 pagi, Seterusnya, aku bergegas terus ke wad kanak-kanak dan wad wanita untuk menjalankan “ward round” atau pemeriksaan pesakit yang mana dilakukan setiap hari. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku kena bergegas pula pergi menghadiri mensyuarat
hospital untuk program 5S. Aku sekali lagi kena mempengerusikan mesyuarat tersebut kerana pengarah hospital takda. Kalau korang kerja kat kerajaan, korang tau lah apa itu 5S.

Habis je meeting, kena bergegas pula ke pejabat hospital untuk memastikan segala surat-menyurat diminitkan kepada ketua-ketua unit dan orang-orang yang berkenaan.

Pada pukul 2.00pm, aku kena menolong rakan doktor yang lain merawat pesakit-pesakit di unit pesakit luar. Pukul 3.00 petang, kena bergegas pula untuk menghadiri mesyuarat untuk Hari Terbuka Hospital, kena mempengerusikan majlis lagi. Selesai mesyuarat, aku kena pergi semula ke wad untuk pastikan semua tugasan telah selesai.  Bila dah pukul 5.30pm, barulah dapat relax sedikit.

Memang sibuk hari ini, beginilah kalau doktor yang bekerja di hospital-hospital daerah atau hospital tanpa pakar. Bukan sahaja terlibat dalam bidang klinikal tetapi juga bahagian pentadbiran. Penat tau. Huhu..

Kartun Harimau Cheetah

Bayangkan bagaimana aku dengan perut yang dah memboyot ni berjalan dengan laju di hospital untuk mengejar masa dan kerja. Pantas macam Cheetah  mengandung dah..hehehe

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

11 thoughts on “Wanita Macam Cheetah Mengandung!

  1. tp pmpuan mngandung comel…

  2. insyaAllah..bila kita aktif, nanti ank pun ikut aktif..

    aktif kerana tugasan yang telah diamanahkan.. 🙂
    Mimie Najib recently posted..SAPA BOLEH TOLONG SAYA?My Profile

  3. hyper active tu ;3
    Hiburan recently posted..Kelebihan Berzikir Terhadap Otak ManusiaMy Profile

  4. Cheetah pun comel. Moga dikuatkan semangat dan dipermudahkan segala urusannya.

  5. Bergerak bukan macam cheetah tetapi seperti lipas kudung. 🙂
    akubiomed recently posted..Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hatiMy Profile

  6. salam aya 🙂

    x per masa mengandung aktif semoga anak dlm kandungan kelak aktif mcm ibunya..aktif melakukan kebajikan 🙂
    Ayie Abas recently posted..Sekilas Fakta Tentang LanunMy Profile

  7. Kesiannya mak buyung ni. Sampai camtu sekali bizinya..
    Cikgu Hairul recently posted..Semakan Keputusan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.My Profile

  8. mujur jadik cheetah.. tak jadik kura2.. hehe… moga d permudahkan segalanya 🙂

  9. wahh..kali pertama gua tahu ni..
    titan recently posted..You raise me up..My Profile

  10. Cheetah mengandung lari laju apa..hehehe..selagi belum pejam mata, kerja-kerja-kerja..
    Sharafie recently posted..Kisah Seram Misteri Bilik Hotel 202 CheratingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge