Wang Pendahuluan Bakal Pelajar IPT 2011

Alhamdulillah, baru-baru ini, PM kita iaitu Datuk Seri Najib telah umumkan akan beri wang bonus raya setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam dan pesara, Semalam, PM kita sekali lagi mengumumkan bahawa akan memberikan bantuan wang pendahuluan kepada pelajar-pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi IPT bermula 3 Sept depan.

ringgit-malaysia

Semua pelajar layak menerima wang sebanyak RM1500 seorang dan diberikan 2 minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan IPT. Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional atau PTPTN telah memperuntukkan RM53.4 juta untuk bantuan kewangan ini.

Aku masih ingat lagi masa aku nak masuk IPT iaitu Universiti Malaya lebih kurang 9 tahun dulu, aku pun menerima bantuan duit pendahuluan sebanyak RM1500 dari PTPTN.

Dengan duit ini, aku dapat beli tiket penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur, beli barang-barang keperluan. Kalau tak dapat wang bantuan tu, mesti susah gila, yelah aku pun bukan berasal dari keluarga yang senang, RM500 pun agak susah nak dapat, inikan pula beribu ringgit.

Malah rezeki di IPT, aku dapat pula Biasiswa JPA di mana kami diberikan lebih kurang RM3000 setiap satu semester.

Semua perbelanjaanku di Universiti adalah hasil dari wang biasiswa ini. Malah, kalo ada duit lebih, aku kirim kat emak aku di Kampung. Sedih juga bila imbas semula kenangan  dan kesusahan dahulu. Tapi rasa bersyukur kerana aku merasa kesusahan tu dan kesusahan tu lah yang banyak mengajar aku berdikari, belajar dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga ke hari ini. Syukur Alhamdulillah.

Jadi, adik-adik yang dapat masuk Universiti dan dapat bantuan kewangan dari Kerajaan, belajar bersungguh-sungguh, senangkan dan gembirakan hati mak bapa kita, kerana hanya kejayaan yang mereka inginkan dari anak mereka. Renungkan diri dan muhasabah diri. Sentiasa berdoa dan InsyaAllah, adik-adik mampu berjaya. AMIN

9 thoughts on “Wang Pendahuluan Bakal Pelajar IPT 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge