Wahai Nurul Zakiah , Pulanglah

Semalam aku terbaca berita di Utusan Malaysia tentang kehilangan seorang gadis berusia 17 tahun yang dikatakan hilang mengikuti kekasihnya seorang warga Pakistan pada 14 Februari 2012 yang lalu, sempena Hari Kekasih. Ini berlaku di Kuala Langat.

Nama penuh adik ini adalah Nurul Zakiah Hidayah Azman, dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting.

Keluarganya mengesyaki adik Nurul ini melarikan diri bersama kekasihnya kerana pasangannya dikenali sebagai Samer Khan juga telah berhenti kerja pada hari tersebut dan hubungan mereka sebelum ini mendapat tentangan keluarga kerana tahun ini adik Nurul Zakiah akan menduduki peperiksaan SPM.

Di bawah ni gambar adik Nurul Zakiah, sesiapa yang ternampak adik ini, boleh beritahu mana-mana balai polis atau hubungi Azman (bapa Nurul) di talian 019-2959178 atau 12-9121072. Sumber: Utusan

nurul-zakiah-hidayah-azman

Pulanglah wahai Adik Nurul jika betul kamu melarikan diri, Kesian keluargamu risaukan kamu..

- Aku sebagai blogger yang hanya ingin menolong sebarkan info ini agar dapat membantu keluarga adik Nurul Zakiah menjejakinya-

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Mrs Beauty 11/03/2012 at 4:42 pm

    Cinta xkenal Bangsa…Kita ada hukum dan adat, Kalau betul caranya kedua2nya kn senang.

  • Cikgu Hairul 24/02/2012 at 9:42 pm

    Apa nak jadi? Kena mandrem ke hapa nih..

  • wakenabab 24/02/2012 at 6:41 pm

    Tuhan Yesus mengasihi Kamu wahai nurul Zakiah…

  • iAwani 24/02/2012 at 9:55 am

    mungkin lelaki itu mahu mengahwini Nurul Zakiah, selepas itu bila sudah dapat dokumen pernikahan dia sebagai isteri boleh menjadi lelaki pakistan itu untuk menjadi penduduk tetap, bila sudah lama tinggal di Malaysia ada harapan untuk dapat kad pengenalan Malaysia. Di Sabah banyak kes sebegini. Kekadang lelaki muda bangsa Pakistan kawin dengan wanita tua. Bukan cinta, sebab mahukan jaminan untuk jadi penduduk tetap.

  • saifulAllah 24/02/2012 at 8:17 am

    kenapa selalu berlaku begini….lelaki malaysia ramai lagi yang baik2..carilah yang boleh membimbing agama..

  • Melatiqistyna 23/02/2012 at 8:49 am

    Comet orgnya… Napa la x pikio pjg… Dh byk kes kat sokabar… Lepas lari menyesal…. Mg terbuka hatinya utk pulang…