Wahai Blogger! Jangan Kita Lalai

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger..

Lamanya aku tak update blog. Macam-macam cerita tentang blogger dan isu semasa yang baru aku tahu. Ada blogger  yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan. Ada artis yang meninggal dunia.  Dan ramai lagi yang meninggalkan nama di dunia ini. Innalillah.

Setiap hari juga, aku menghadapi pesakit-pesakit yang akhirnya Allah lebih menyayangi mereka. Kadang-kadang kita lalai dengan apa yang kita buat setiap hari di muka bumi ini sehingga kita lupa yang kematian akan datang menjemput kita, cuma kita tidak pasti bila masanya.

Bila berfikir lagi? Apakah persediaan kita? Apakah kesan baik yang ingin kita tinggalkan di dunia ini jika ajal menjemput kita secara tiba-tiba. Kadang-kadang aku bertanya pada diriku sendiri:

  • Adakah aku nak meninggalkan gosip-gosip atau fitnah di blogku yang hanya menambahkan saham dosaku?
  • Adakah aku nak menilai buruk orang lain di blogku yang akhirnya menimbulkan rasa benci pada orang lain?
  • Adakah aku nak meninggalkan gambar-gambarku yang seksi  yang akhirnya sekali lagi menambahkan saham dosaku?
  • Adakah aku nak meninggalkan pengajaran yang tidak baik untuk orang lain?
  • Adakah aku nak meninggalkan penipuan dan penyalahgunaan yang akhirnya membebankan orang lain hanya kerana ingin keuntungan yang pantas?
  • Adakah aku perlu lakukan semua ini semata-mata untuk mendapatkan keuntungan di dunia tetapi kerugian di akhirat? Nauzubillah.

Nauzubillah. Mudah-mudahan kita sebagai blogger dapat mengelak dari semua ini. Aku memohon maaf kepada pembaca jika ada perkara seperti ini yang pernah yang aku lakukan. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan serba kekurangan.

Nasihat untuk diriku dan blogger-blogger yang lain dan blogger baru. Sebelum kita terlanjur dengan perkara yang tidak baik, tanya diri kita sendiri, apa yang ingin kita tinggalkan di blog kita jika kita tiba-tiba dipanggil oleh Allah. Jika kita terlambat, Mungkin boleh mengaibkan diri sendiri. Nauzubillah.

Kenapa aku tiba-tiba jadi macam ustazah ni? Hehe. Rakan blogger jangan salah faham, aku pun bukan manusia yang sempurna, terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki selagi masa masih ada. Banyak yang berlaku dalam hidupku  yang membuatkan aku berfikir semula.

Aku nak kongsi ayat-ayat dari salah seorang yang aku sayang, “Kita  yang hidup ini, perlu sentiasa memperbaiki diri selagi masa masih ada. Takkan kita nak hidup selamanya dengan membanggakan kenakalan kita.” Harap-harap, mulai hari ini, kita sama-sama renungkan dan nilai semula diri kita. AMIN.

Keep Blogging. 🙂

P/s: Top Referrer Mei akan diumumkan tak lama lagi ye…

17 thoughts on “Wahai Blogger! Jangan Kita Lalai

  1. peringatan untuk semua…tapi mulut orang memang xleh nak ditutup dah…jawab nyer tutup la browser/blog tu je kalau duk buat fitnah dan mengupat2 nie

  2. Banyak perkara kita boleh kongsikan dengan pembaca
    melalui penyampaian secara ilmiah + cerita peribadi yg
    tidak keterlalu dan banyak lagi.. berblogging bukan untuk
    bergosip saja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge