Video YouTube: Pertandingan MakNyah Miss Malaysia 2010

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Sebenarnya aku dah tengok video youtube Miss Malaysia 2010 di YouTube sebelum cerita ni keluar di MyMetro.

Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.

“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Aku memang tak setuju pertandingan di kalangan Mak Nyah diadakan di Malaysia , iaitu Negara Islam. Kenapa? Walaupun pertandingan ratu cantik Miss Malaysia 2010 bertujuan untuk amal kebajikan, namun pertandingan ini diadakan seolah-olah menggalakkan dan membenarkan orang ramai menjadi seperti mereka.

Apa pula pandangan korang?

pondan-miss-malaysia-pahang-2010

P/s: Cantik juga Miss Malaysia nye.. Serius macam pompuan.. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

6 thoughts on “Video YouTube: Pertandingan MakNyah Miss Malaysia 2010

  1. cantik2 nye maknyah nie..keliru tgk mcm perempuan betul je…

  2. mereka lebih pndi mnjage muke & badan dr pompn sebenar.hehehehe..

  3. Dunia dah akhir zaman mcm ni lah…
    Fossil Malaysia recently posted..Coach Handbags to be Sold in MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge