Video Tutorial & Panduan Akismet untuk WordPress

Korang pernah dengar perkataan Akismet? Apa bendalah pula ni ye? Mungkin blogger baru tak berapa tahu, biar Aya jelaskan secara ringkas.

Akismet adalah plugin yang paling penting dan terbaik yang perlu ada dalam sebuah blog. Kenapa? Kerana plugin Akismet ini adalah plugin yang disediakan oleh web yang memberikan perkhidmatan secara percuma dan ada juga yang berbayar kepada sebuah blog untuk mengesan dan menjejak komen Spam secara automatik. Komen spam ini adalah komen yang tidak dikehendaki.

Semua komen di blog kita akan disimpan dalam server Akismet dan mereka akan menapis beratus-ratus komen sehari bagi memastikan komen tersebut bukannya komen spam. Blogger yang mendaftar akismet akan diberikan plugin dan nombor key API.

Bagaimana cara pengaktifan dan penggunaan Akismet?

Alhamdulillah, cuti Sabtu semalam, Aya cuba belajar buat video tutorial dan inilah video tutorial Aya yang pertama. Jeng..jeng…jeng..Video tutorial dan panduan Akismet yang ringkas. Harap dapat membantu.

 

Secara ringkas, mula-mula:

1. Login ke Dashboard WordPress blog kita.

2. Klik butang PLUGIN

3. Bagi WordPress versi terbaru 3.5, Plugin Akismet sudah diupload di ruangan Plugin tapi belum diaktifkan.

4. Apa yang perlu dilakukan, kita perlu aktifkan plugin Akismet dengan klik butang ACTIVATE dan seterusnya dapatkan Akismet API Key. Kita perlu mendaftar dengan akismet.com untuk mendapatkan API Key secara percuma.

5. Apabila plugin akismet sudah diaktifkan, kita perlu ke ruangan AKISMET CONFIGURATION dan klik butang GET YOUR KEY .

6. Kita akan dibawa terus ke laman web Akismet.com dan sila klik butang Get an Akismet API Key

7. Pilih Plan PERSONAL jika ingin mendapatkan API Key secara percuma.

8. Isi maklumat di borang pendaftaran tersebut.

9. Jika pendaftaran berjaya, kita akan menerima email yang mengandungi API Key dari Akismet.com

10.Copy & Paste API Key tadi ke ruangan Akismet Configuration di blog WordPress dan klik butang UPDATE OPTIONS.

Tahniah! Pendaftaran Akismet berjaya.

Sekadar nak kongsi, sejak Aya berblogging dari 20 Mac 2010, sebanyak 234116 komen spam dapat dikesan oleh Akismet. Cuba tengok screenshot di bawah:

Akismet Stats

 

Bayangkan kalau takda akismet, banyaknya masa kena digunakan untuk menapis komen-komen di atas secara manual. Betul tak?

5 thoughts on “Video Tutorial & Panduan Akismet untuk WordPress

  1. salam aya….apa habaq? 🙂

    ayie siang tadi tiba2 nk cuba buat video you tube sendiri..menjadi tapi ayie x reti nak masukkan teks dan muzik pilihan ayie sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge