VIDEO: Gempa Bumi Di Acheh Lagi

Petang tadi aku pergi salon untuk cuci rambut. Aku diberitahu oleh pekerja kat salon tu, ada gempa bumi kat Acheh petang tadi lebih kurang 4.30pm. Aku terus terfikir, Janganlah ada tsunami pula. Nauzubillah.

Bila buka facebook tadi, majoriti orang bercakap tentang gempa bumi tersebut. Gempa bumi berlaku di Aceh Indonesia dengan kekuatan 8.7  magnitude diikuti dengan gegaran susulan 6.5 magnitude. Semua orang risau tentang tsunami. Amaran tsunami sudah dikeluarkan kepada beberapa negara termasuk Malaysia.v

Gambar gempa bumi di Aceh Indonesia 11 april 2012

Gegaran gempa bumi ini turut dirasai di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Mudah-mudahan semua orang terselamat dan takda bencana yang lebih besar. Amin. Sama-samalah kita berdoa dan janganlah mendekati persisiran pantai dalam masa terdekat ni sehingga amaran tsunami ditarik balik ye.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

14 thoughts on “VIDEO: Gempa Bumi Di Acheh Lagi

  1. Mudah-mudahan tidak terjadi musibah seperti dulu lagi ya,,
    nobay recently posted..Know More Closely Tracking Cell Phone OptionsMy Profile

  2. Semua ni tanda bumi dah terlalu tua…akhir zaman dah kita sekarang ni

  3. sekarang ini hujan tak menentu..ribut dan petir pun tiba-tiba aje. takut…
    ainun recently posted..100 USD Sudah DicapaiMy Profile

  4. iya..tp alhamdulilliah tsunami tidak terjadi,cuma gelombang kecil yang naik ke darat..
    teguran buat orang aceh dari MAHA KUASA,,,
    salam dari anak aceh dan terima kaseh udah mengetahui tentang aceh
    bangpren recently posted..Salmawati,Istrinya Muzakir Manaf (MUALEM)My Profile

  5. amaran sudah ditarik balik tapi hati2 la lepas ni.. takut2 akan ada gempa susulan.. harap2 takde la.. huhu..
    Farish Ishak recently posted..5 Tips Mengatasi Masalah Perut BuncitMy Profile

  6. ini adalah salah satu tanda2 sudah hampir nak kiamat…semoga kita jadikan ia sebagai iktibar utk lebihkan amalan kpd Allah

  7. Amaran tsunami telah di tarik… jika berlaku tsunami rumahtangga klik la link paksu

  8. Syukurlah tiada kejadian yang lebih buruk berlaku. Peristiwa dulu pun masih segar dalam ingatan
    Norasikin recently posted..Resepi Chapati KomersialMy Profile

  9. Diharap kejadian gempa yang berlaku akan mendekatkan lagi diri kita kepada yang MAHA ESA…
    noorsyamsul recently posted..BAS RAPIDKL TERBAKAR LAGI!My Profile

  10. semoga sume selamat yer

  11. bersyukur, amaran ditarik balik dan juga semua maklumat sangat cepat diterima ramai penduduk

  12. Astagfirullah…. semoga ALLAH melindungi kita semua..
    saddam recently posted..Hadits dan Keutamaan Sholawat NariyahMy Profile

  13. Jabatan Meterologi Malaysia telah menarik amaran Tsunami. Apa pun orang awam perlu peka dengan berita sahih dari sumber yang dipercayai.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasamaMy Profile

  14. semoga Allah melindungi semua rakyat Acheh…kesian tgk apa yg derang kena hadapi semua ni
    yas recently posted..GEMPA BUMI SUSULAN DI BANDA ACHEH – 6.1 SR,Ombak 6 meter!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge