Tugas Menanggung Jawatan Lain

Sekali lagi, hampir seminggu aku tak dapat update blog aku ini, Sibuk dengan kerja hakiki dari hari ke hari. Aku fikir 2012, aku kurang sikit sibuk , rupanya bertambah busy, Mesyuarat sana sini. Apa taknya, bos aku still sakit, dapat jangkitan kuman pada paru-paru, dan dah dapat MC hampir sebulan, Mau tak mau aku kena ambil tugas beliau, kalau tak sistem hospital tak berjalan. Betul tak?

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Nasib baiklah, hujung tahun lepas 2011, dapat gak aku bercuti-cuti bersama keluarga di Kota Kinabalu, dapatlah juga bawa anak-anak sedara aku pergi shopping di OneBorneo, Center Point mall dan banyak lagi, Dapat singgah Kundasang, siap beli bunga dan sayur-sayuran lagi. Hehe.. Memang seronok.. opps.. lari dari tajuk post aku hari ini… 🙂

Mula jak tahun 2012, aku dah start busy. Last week, aku sekali lagi pergi Kota Kinabalu untuk mesyuarat peringkat Negeri, kat KK, lebih kurang 4 hari. Lepas tu, kembali semula ke hospital tempat kerja.

Baru 2 hari bekerja, aku pergi lagi meeting sebutharga di Kota Kinabalu sekali lagi, sehari jak, terus balik. Memang penat, penat travel dan penat berfikir.. hehe..

Gambar hiasan je…. Ceriakan blog..hehe

Balik lagi ke Hospital, mesyuarat pengurusan peringkat hospital pula, mesyuarat kewangan, dan macam-macam mesyuarat lagi kena dihadiri. Macam ni la bila tugas menanggung jawatan lain.

Walaupun penat, Alhamdulillah, aku dapat ilmu baru gak, selain dari ilmu Clinical, sekarang ni aku terdedah dengan ilmu pengurusan. Aku ambil pengalaman tugas menanggung ini sebagai satu cabaran untuk aku terus maju.. Cewah! ayat skema ni…hahaha..

But seriously, InsyaAllah, aku akan buat tugas dan amanah yang diberi ini sebaik mungkin. AMIN.. Doakan ye…

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

10 thoughts on “Tugas Menanggung Jawatan Lain

  1. xpelah dah tanggungjawab…

  2. Takpe. Teruskan mencari rezeki yang halal dunia dan akhirat 😀
    Aiman Aziz recently posted..Sticker cun ini untuk dijual ye.My Profile

  3. ilmu ni tak habis sampai hari kiamat pun still ada 🙂

  4. tahun lepas akak gi makan angin kat Kundasang… lari topik gak ikut tuan rumah. he.

  5. Ambil peluang untuk memahami tugasan pihak pengurusan.

  6. xpelah sekali sekala bz.. blh majukan karier jgk kan? hehe

  7. salam Aya..
    tanggung jawab tu..
    moga di berkati Allah
    apa yang anda korbankan
    demi kebaikan orang lain
    zulkbo recently posted..Adele : Don’t You RememberMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge