8 Tips Memilih Produk Kesihatan dan Kecantikan

Terdapat terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan di pasaran Malaysia sekarang ni. Apa-apa pun produknya, pilihlah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga kita.

Sebelum ini, Saya memang tidak percaya dengan produk-produk kesihatan dan kecantikan sebab tidak banyak kajian yang dibuat dan memang tidak berani untuk mencuba sehinggalah saya menjumpai produk Shaklee.

Sebelum ini, memang pernah dengar tentang produk Shaklee ini tapi sebab tidak percaya punya pasal, jadi memang tidak ingin mencubanya walaupun selalu dengar testimoni-testimoni yang bagus dari pengguna.

Tapi setelah saya sendiri mencuba produk-produknya dan memberi kesan yang baik, maka saya membuat beberapa bacaan dan kajian tentang syarikat dan penyelidikan mereka, akhirnya saya memilih Shaklee sebagai produk kesihatan dan kecantikan untuk diri saya dan keluarga.

Malah saya juga memilih untuk menjadi salah seorang Shaklee Indipendent Distributor agar dapat berkongsi kebaikan produk-produk mereka kepada orang lain.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi 8 tips yang saya amalkan sebelum memilih sesuatu produk kesihatan dan kecantikan. 8 tips ini telah menjadi sebab dan kriteria untuk saya memilih Shaklee sebagai produk kesihatan dan kecantikan saya.

8 Tips Memilih Produk Kesihatan dan Kecantikan adalah:

1. Halal

  • Sebagai seorang pengguna Muslim, Isu HALAL untuk sesuatu produk adalah sangat penting.
  • Kita kena pastikan, produk tersebut telah disahkan sebagai Halal sama ada dari Jakim atau Jabatan Agama Islam luar negara.
  • Saya pilih Shaklee kerana produk-produk yang masuk ke Malaysia telah disahkan sebagai halal oleh Islamic Service of America (ISA). ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dibawah ini adalah bukti Sijil Halal Produk Shaklee

Sijil Halal Shaklee

2. Syarikat yang kukuh dan bertahan lama

  • Kredibiliti syarikat adalah sangat penting untuk bertahan di pasaran dunia.
  • Shaklee adalah syarikat nutrisi semulajadi No 1 di Amerika Syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 1956 lagi. Syarikat ini diasaskan oleh Dr Forrest C.Shaklee. Pada tahun 1915, Dr Forrest telah mencipta “Vitalized Minerals iaitu multivitamin yang pertama di dunia.
Pejabat Headquaters Shaklee dulu dan sekarang

Pejabat HQ Shaklee di Amerika Syarikat dahulu dan sekarang

 

3. Banyak Kajian pada produk tersebut dan telah terbukti.

  • Kebanyakan produk kecantikan pada masa kini lebih berasaskan testimoni dan mendakwa produk mereka berkesan . Namun, Syarikat Shaklee telah mempunyai bahan bukti berdasarkan kajian yang mereka lakukan.
  • Lebih 90 jurnal peer-review telah diterbitkan yang membuktikan keberkesananproduk Shaklee bercetak.
  • Syarikat ini telah melabur lebih daripada USD 300 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan produk-produk Shaklee selamat, berkesan dan mesra alam.

 

4. Berkesan dan Berkualiti

  • Produk-produk Shaklee telah membuktikan kesannya sejak 50 tahun dulu lagi. Tidak perlu iklan besar-besaran di TV atau Radio, Shaklee tetap digemari oleh masyarakat dari dulu hingga sekarang.
  • Antara produk supplemen Shaklee yang popular adalah supplemen untuk penyusuan susu ibu, supplemen set kurus Shaklee, anti-penuaan dan banyak lagi.

 

5. Harga Berpatutan

  • Harga juga memainkan peranan penting dalam memilih sesuatu produk kesihatan dan kecantikan. Janganlah sebab nak cantik, kita menghabiskan beribu-ribu ringgit tapi tidak memberikan kesan, malah lebih memburukkan lagi jika ia tidak selamat untuk badan kita. Kita kena sama-sama ingat, harga produk mahal tidak semestinya bagus untuk kita.
  • Harga produk Shaklee adalah sangat berpatutan. Harganya boleh serendah RM22 sahaja dan boleh bertahan 2 hingga 3 bulan. Murah kan? Jimat bajet.. hehe

 

6. Mesra Alam

  • Pilih produk yang berasaskan sumber semulajadi dan tiada kesan sampingan. Jika produk kecantikan dan kesihatan mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya, sudah pasti tidak baik untuk kesan jangka panjang pada tubuh kita.
  • Saintis Shaklee mencari di serata dunia sumber-sumber bahan semulajadi yang terbaik dan menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Mereka telah menjalankan lebih dari 83000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.
  • Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan “Climate Neutral” dan mengimbangi sepenuhnya pembebasa n karbon dioksida dan menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar.

 

7. Berdaftar dengan badan-badan berwajib.

  • Setiap produk kecantikan dan kesihatan perlu berdaftar dengan badan-badan berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM.
  • Alhamdullilah, produk Shaklee telah berdaftar dengan kedua-dua badan berwajib ini.

 

8. Mempunyai label dengan info produk yang lengkap

  • Sebelum kita memilih sesuatu produk, pastikan kita tahu apa isi kandungan dalam produk tersebut, bila tarikh tamat luput, dos dan cara makan produk tersebut

Di atas adalah antara 8 Tips memilih produk kesihatan dan kecantikan yang ingin saya kongsikan. Melalui tips-tips di atas juga, saya telah memilih Shaklee sebagai produk kesihatan dan kecantikan saya dan keluarga.

Semoga tips-tips ini dapat membantu rakan pembaca memilih produk yang sesuai buat diri masing-masing. Sudi-sudilah kongsi sebarang tips lain yang boleh membantu dalam memilih produk yang sesuai. Apa pendapat anda?

 

P/s: Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dan sertai kumpulan kami, Team MamaNiaga. Boleh hubungi saya ke 0195805181. [call/sms/whatsapp]

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

11 thoughts on “8 Tips Memilih Produk Kesihatan dan Kecantikan

  1. Wah pertama kali tengok gambar HQ Shaklee yang pertama tue. Gambar hitam putih.
    Memang berbeza jauh dengan keadaan sekarang.
    Shaklee pun mmg kukuh dah lama dah di pasaran.
    Saya pun pengguna Shaklee.
    AZENI AHMAD recently posted..Betul Ke Stok Kolagen Shaklee Takda Dalam Masa Setahun?My Profile

  2. takut la zaman sekarang nie, macam macam produk haih.
    Anis recently posted..Segmen Jalan-Jalan Cari KawanMy Profile

  3. hang jadi agen kah ini kali?
    titan recently posted..Custom Made Sticker KeretaMy Profile

  4. Produk Shaklee tengah meletup sekarang. Ramai yang melibatkan perniagaan dengan Shaklee.
    akubiomed recently posted..Berada di landasan yang betulMy Profile

  5. saya pun guna shaklee :3
    shasha yacob recently posted..Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi PelawakMy Profile

  6. kena hati2 tkut merana diri 😉
    Que recently posted..Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge