Gravatar memainkan peranan penting dalam meningkatkan trafik ke blog seseorang blogger.
[quote]1 Klik bersamaan dengan 1 Trafik[/quote]
Hari ini, Aya nak kongsi tips yang membolehkan gravatar seseorang diberi perhatian dan diklik oleh pembaca atau blogger lain apabila memberi komen di mana-mana blog. Tips ini diamalkan oleh kebanyakan problogger di luar sana. Antaranya adalah:
1. Guna gambar yang profesional sebagai Gravatar
- Contohnya, mungkin boleh letak gambar dengan memakai baju blazer ke, tali leher ke atau apa-apa gambar yang profesional. Jangan pula letak gambar kad pengenalan, itu gambar umur 12 tahun tu. Hehe
2. Letak gambar yang comel, cantik dan hensem belaka.
- Jangan pula letak gambar Fatin Liyana tapi sebenarnya empunya diri adalah seorang lelaki. Reputasi korang mungkin akan jatuh disebabkan pembaca rasa tertipu.
[quote]Tipah tertibu bang[/quote]
3. Letak gambar yang unik.
- Bila pembaca tengok gravatar tu, dia terus nak klik sebab nak tahu siapa empunya diri.
- Contohnya, Aya suka gambar gravatar Akubiomed.com, Lelaki memakai kaca mata hitam yang besar. Macam Men in Black gitu. Mula-mula dia pakai gravatar ini dan komen kat blog Bloggerwanita.com, terus Aya klik gravatar tu sebab nak tahu siapakah jejaka hensem disebalik gravatar itu.Oooppss. 🙂
4. Guna gambar dengan background yang gelap atau hitam.
- Sesetengah problogger berkata, background gambar yang gelap akan lebih menyerlah dan menarik perhatian orang.
[quote]Contohnya, kalau background gambar korang gelap, lepas tu senyum dengan gigi menyerlah seolah-olah macam iklan ubat gigi Darlie,pasti orang nak klik tu.Hehe[/quote]
5. Elak gambar gravatar yang berunsurkan lucah atau keganasan
- Mungkin orang klik gravatar korang tapi sekali je kot, lepas tu, pembaca tak berminat nak tahu siapa empunya diri sebab seolah-olah membawa unsur negatif.
Logo blog sebagai gravatar boleh digunakan sebagai penjenamaan tapi pastikan komen yang diberikan di blog orang lain adalah komen yang berkualiti bagi mengelakkan tanggapan seolah-olah komen spam yang dirasakan oleh pemilik blogger atau pembaca.
[quote]Jika blogger menggunakan gambar sendiri, ia kelihatan lebih peribadi berbanding gambar selain dari itu.[/quote]
Harap tips memilih gravatar agar diklik, dapat membantu blogger newbie. Jika ada tips tambahan dari rakan blogger, jangan segan-segan komen di bawah ye. Kalau korang dah berjaya dengan tips di atas, kongsilah kat sini.
xdapat buat lah. mesti masalah kodding saya. kan
shasha yacob recently posted..Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak
Satu tips yang sangat menarik sekali …. lebih menarik sbb guna Akubiomed sebagai bahan ..hehehhee… 🙂
hasrulhassan recently posted..Trafik Tinggi Umpan Pengiklan
Kami pula guna gravatar logo company company.. Atas kerahan tenaga… Wajib…
huhuhu…
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia
PAKAR NIAGA
PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..BUAT DUIT BLOG | RM5000 UNTUK BLOGGER!
Lawa gak gravatar logo ni.. 🙂
Aya Norbayah recently posted..eBook Percuma Case Study SEO Pertama Di Malaysia
Terima kasih.. 🙂
PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUIT
hehehe gravatar den comel
Zuan recently posted..Tips Kekal Muda Oleh AbangEnsem
kalau begini saya mahu letak gambar gravatar yang kacak jugaklah..
terima kasih atas info yang berguna ni…nak kena belajar buat avatar jugak ni..kalo buat avatar nak letak gambar sendiri , cepat org kenal macam aya…

salmiah binti othman recently posted..ESP -Energy Soy Protein
tip yg berguna bg org baru cam sy ni..
kena cari gravatar yg menarik tertarik dan meletup ni…hehehe
boleh naikkan trafik dan jana duit..hehehe
tq aya
beskal recently posted..What Drives People to Spend All Their Money?
tq kak aya for information ni.. sangat berguna ni..
Mimie Najib recently posted..Homemade Chocolate
Tips yang baik..kekadang tu ada orang suka merahsiakan identiti dirinya..sebab tu tak mau letak muka sendiri
halim recently posted..Melayu Boleh
betul tu..kadang orang nak rahsiakan identiti..jadi macam mana tu..kadang2 yang rahsiakan identiti pun menarik perhatian orng jgk kan?
Mimie Najib recently posted..Homemade Chocolate
Gravatar saya mesti orang tak click. muahahahahah 😀
Anis recently posted..Happy Birthday To Me ^_^
nasib baik la gravatar gua hensem..hehe
reezluv recently posted..5 Wishlist Gajet 2013-2014
info yang menarik dan baik sekali…
assalamualaikum..aya
ramai blogger yg pandang remeh pasal gravatar ini…bila komen yg keluar image yg sedia ada di blog berkenaan
Ayie Abas recently posted..Gambar Instagram Datuk Siti Nurhaliza
saya lah yang pandang remeh tu. hukhuk T.T
Anis recently posted..Happy Birthday To Me ^_^
Salam Aya…
saya rasa teknik ini hanya berkesan untuk sekali 2 jer, tapi lepas tu tak akan berguna lagi. Apa lagi bila si pemberi komen sudah dikenali. Paling penting di sini ialah, tajuk entri yang melekat pada commentluv…
Mama Murai recently posted..Words of the day…
ye tak iya juga tu
tip yang menarik untuk blogger otai yang ketinggalan zaman ini. tq you to my web designer yang suruh akak register dengan gravatar ini. sebab akak ni pemalu dan tidak berapa comel maka letak gambar logo web saya jer..
kak baery recently posted..TUDUNG TWIST OMBAK RINDU – LAPIK DAGU
Logo web pun ok juga kak baery.. 🙂
nak juga buat gravatar tpi xpandai . sodih.
Shasha recently posted..Kerja sudah siap
Mudah je tu Shasha. cuba dulu.. 🙂
Saya pun tak reti. huhu T.T
Anis recently posted..Happy Birthday To Me ^_^
dah try tapi dia ada minta buat satu tu, tah apa lupa. ada tuto tak untuk buat nih?
shasha yacob recently posted..Hadiah Berblog
kalau gunakan gravar kerosakan kesihatan akibat penyakit macam gambar pada kotak rokok, sure ramai yang tak klik, menggerunkan
Noridah recently posted..Testimonial Penggunaan Ekstrak Daun Belalai Gajah: In the making
salah eja gravatar
mungkin klik gravatar tu dengan mata tertutup.. hehe
nice info. thanks. boleh dimanfaatkan ni. ^_^
fyna recently posted..Teka-teki Episod Akhir Drama Teduhan Kasih Lakonan Adi Putra
selamat mencuba Fyna.. ^_^
Aduhai kembang seluruh badan di puji melangit. Terima kasih. 🙂
akubiomed recently posted..Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.
sama-sama. jangan kembang nanti susah nak gerak.hehe
Hehe..emm saya ingtkn avatar ni tak ada kepentingan…
Hafizul recently posted..Sekeping Nota Untuk Ayah
gravatar= trafik= money.. 🙂
Kak seperti biasa suka bunga…sebab itu guna bunga teratai!
teratai recently posted..Komisen 4 dari Job Di Rumah
cantik gak kalo gambar bunga teratai.
memang tips yang sangat bgus. nnti nak cuba la. thanks. =)
Wana wazm recently posted..( Gambar ) Kekasih Baru Ammar Alfian.
sama-sama wana, selamat mencuba.. heee
wah tips best ni xpernah terfikir pn benda2 macam ni..thanks admin info ni hehe
sama-sama terbaik network. memang terbaiklah.. 🙂
letak gambar sendiri je … selalu gambar awek lg org nak klik kot haha .. mak budak jarang sikit , tp nak jujur dgn diri sndiri
puanbee recently posted..Skrin samsung galaxy tab 2 7.0 terpadam dan ” hang “
gambar puanbee comel gak.. ^_^
gambar betul lebih gemar diklik berbanding gambar lain 🙂
Sop recently posted..Lukisan permandangan oleh Azfar
dah klik dah gambar sendiri Sop.hehe
saya suka letak gambar sendiri sebenarnya supaya orang mudah kenal siapa diri saya dan kadang2 suka letak ikon blog supaya orang tertanya-tanya siapakah orang itu…?
kakiblog recently posted..Pencarian 10 Mentor Blogger Terbaik Malaysia
Letak logo tapak kaki ni pun, Aya dah tertanya-tanya siapakah empunya diri.. ^_^
Aya recently posted..Statistik BloggerWanita.com 47 Ribu Pelawat Sebulan
sekarang sudah tahukan..
kakiblog recently posted..Awesome Blogger Of The Week : Blogger fiezaradzi
agak2 gravatar yg aku guna ni plak bakal menggoncang jiwa para gadis uruguay x?
Fauzi Blues recently posted..Dapat Mitsubishi Mirage Pulak.
confirm boleh menggoncangkan jiwa para gadis.. nasib baik Aya dah jadi mama budak..ehehe
Aya recently posted..Statistik BloggerWanita.com 47 Ribu Pelawat Sebulan
nak cuba juga lah buat gravatar…

yangbaik recently posted..Aksi comel dalam tangisan
Selamat mencuba..
Aya recently posted..Kenapa Blogger Perlu Memiliki Gravatar?
avatar gua..biasa-biasa aje. jarang orang klik. diorang rajin klik iklan aje..pelik betul gua.
titan recently posted..Buat Duit dengan Postlinks
bagus gak tu klik iklan..boleh buat duit..hehe
Aya recently posted..AC Mizal Beli Kapal Terbang Air Asia Jutaan Ringgit