Tips 8 : Jika Anda Jumpa Doktor

Hari ini, aku bekerja sambilan atau locum di salah sebuah klinik swasta berdekatan dengan tempat tinggalku. Aku faham, kebanyakan pesakit yang datang ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan adalah terdiri daripada golongan yang bekerjaya. Mereka terpaksa datang ke klinik pada hujung minggu kerana masa itu sahaja mereka tidak bertugas. Dan kebanyakan mereka juga tidak suka menunggu terlalu lama di klinik kerajaan atau hospital kerana kesuntukan masa. Oleh itu, pesakit-pesakit golongan ini lebih gemar pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan walaupun terpaksa membayar lebih mahal berbanding di hospital kerajaan.

stetoskop

Namun, apa yang boleh aku nasihatkan di sini, jika sesuatu penyakit atau simptom yang kita alami agak chronic atau jangka masa yang lama, contohnya masalah kulit yang berulang kali dalam beberapa tahun, pesakit seperti ini sepatutnya berjumpa atau dirujuk ke hospital pakar untuk siasatan lebih lanjut dan mendapat rawatan yang tepat. Bukannya bertukar-tukar klinik swasta dengan harapan mendapatkan ubat yang terbaik untuk merawat simptom tersebut sahaja.

Kalau sekadar batuk selesema atau cirit birit biasa, mungkin boleh mendapat rawatan hanya di klinik. Namun, jika pesakit itu mengalami simptom seperti batuk yang lama sehingga melebihi 2 minggu atau sebulan, kerap susah nafas atau sakit dada, misalnya, maka siasatan lebih lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui diagnosis sebenar penyakit mereka di hospital.

Harap tips dan nasihat ini kita amalkan bagi mengelakkan lewat mendapat rawatan yang sebenar. ^_^

Apa pandangan korang?

10 thoughts on “Tips 8 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. Setakat ini kak guna perkhidmatan klinik swasta kerana beberapa sebab

    1. Klinik panel
    2. Tidak perlu menunggu lama
    3. Jika ada masalah, klinik panel, akan rujuk hospital pakar.
    4. Ditanggung insuran, biasanya layanan 1st class n tiptop oleh staf hosp./klinik!
    teratai recently posted..Laksa Kuah Putih/Kuah MentahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge