Tips 7 : Jika Anda Jumpa Doktor

Semenjak aku bertugas di unit pesakit luar, aku perhatikan ramai kanak-kanak dibawa oleh ibubapa masing-masing kerana keadaan mereka tidak sihat. Ada juga di kalangan kanak-kanak ini adalah cukup sihat tetapi datang ke hospital kerana mengikuti ibubapa mereka yang mempunyai temujanji dengan doktor.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Tips kali ini yang ingin aku kongsikan adalah, Kalau boleh cuba kita elakkan dari membawa kanak-kanak yang sihat ini ke hospital.Kenapa? Nanti aku jelaskan..

Budak Perempuan Comel

Kebanyakan pesakitku suka membawa anak-anak kecil yang sihat ke klinik atau hospital dengan alasan tiada penjaga atau disebabkan pesakit memerlukan teman ke hospital. Apa yang boleh dicadangkan, mungkin ibubapa boleh meminta tolong kepada keluarga atau jiran yang dipercayai untuk menjaga anak mereka sementara pergi berjumpa dengan doktor. Kalau dah memang takda orang lain yang boleh tolong jaga, takpalah.

Tapi kita kena tahu, terutamanya di klinik, terdapat pelbagai jenis penyakit berjangkit yang mungkin boleh menjangkiti anak-anak kecil. Dari sekadar batuk selesema biasa sehinggalah penyakit tuberkulosis atau batuk kering. Penyakit-penyakit yang boleh berjangkit melalui  udara. Tidak lagi termasuk penyakit-penyakit yang boleh berjangkit melalui sentuhan seperti penyakit kulit.

Bayangkan kalau anak-anak kita berada di klinik dan berdekatan dengan pesakit yang mungkin menghidapi penyakit berjangkit ini, sudah tentu, mereka cenderung  dijangkiti dan seterusnya jatuh sakit. Kita kena tahu, sistem pertahanan badan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa. Jadi kita kena lebih berhati-hati.

Kesimpulannya, biarlah kita sahaja yang sakit dan janganlah diheret anak-anak kecil turut bersama sakit. Renung-renungkanlah. Selamat berhujung minggu! ^_^

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

15 thoughts on “Tips 7 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. jrg pe g, , sbb kna tunggu lma, , klw terdesak sgt bru pe g
    heirizalieyana recently posted..Suria FM Berwajah Baru!My Profile

  2. betul juga tu.. kanak2 mudah diserang penyakit..

    *saya setahun mngkin sekali je kut kalau nak pergi klinik..moga2 klau dah kawin nti jgn la kerap ke sana..hehe

  3. btol tu..imun sistem kanak2 memg tk sekuat org dewasa..
    sbb tu mama selalu je law nk g klinik, kene tgk adik tu leka main. law tk asik nk mengikut je keje de
    nurul azieyan recently posted..GiveAway Topup 1My Profile

  4. betul jugak tuh, saya setuju yang nih, tak payah bawak budak-budak takut berjangkit kat diorang
    eiela recently posted..Resepi Pizza Homemade Mudah dan SedapMy Profile

  5. tak suka jumpa doktorrrr…
    titan recently posted..Bukan gua tak nak main Adsense..My Profile

  6. salam aya 🙂

    betul tu…lebih2 lagi penyakit yg mudah berjangkit melalui udara kn… 🙂
    Ayie Abas recently posted..Pinterest DAKU AMAT : Galeri Seni TerindahMy Profile

  7. Saya jarang pergi hospital. pergi pun sekali je sebab batuk tak berhenti henti. huuu >.<
    Anis recently posted..Nak RM50 takkk ?My Profile

  8. baru tahu jugak ni..kalau ada orang ajak teman pergi hospital dah tak nak la lepas ni..takut kena jangkitan..hehehe
    Sharafie recently posted..Cara Dan Tips Terbaik Menggunakan Duit Gaji BulananMy Profile

  9. oo macam gitu rupanye.. nak kena pesan dgn budak2 kecik ni la nanti jgn ikut time org pi klinik..
    fariq recently posted..Undian Suku Akhir Europa League 2012/13My Profile

  10. Jarang2 sekali saya jumpa doktor . Tahun lepaih pun tak pernah lgi. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik. Tapi, nak jugak berasa nak duk dlm wad. hehe
    Aiman Aziz recently posted..Tips | Popular dalam sekelip mataMy Profile

  11. yea , btul tu. thanks for the info. =)
    Wana wazm recently posted..Rahsia Untuk Kopi Yang Sungguh Lazat!My Profile

  12. Kalau ada yg boleh jaga anak masa pergi klinik, ok la. kalau tak memang susah jugak kalau tak bawak.
    effort lab recently posted..Papan Tanda Dalam Keretapi [13 gambar]My Profile

  13. yer ler….kekadang nak jumpa doktor nie sorang tapi yang datang sekali tu kekadang satu kampung,,,,penuh hospital…

  14. nice tips! ^__^ betul setuju tentang ni, memang parents selalu bawak anak2 ke klinik walaupun tak sakit, hmm lain orang lain pendapat kan .. nanti kita tegur dia orang melenting.. apa-apa pun selamat berhujung minggu 🙂
    Cik Lisa recently posted..Irwanalessatyme dot comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge