Tips 6 : Jika Anda Jumpa Doktor

Hari ini,aku bekerja di klinik pesakit luar seperti biasa. Macam-macam gaya dan gelagat pesakit ditemui, majoriti sebab nak dapat giliran awal di klinik. Aku faham, kalau klinik kerajaan, hampir 2 hingga 3 jam  pesakit terpaksa menunggu kerana doktor yang tak ramai bertugas. Terdapat juga pesakit yang datang 2 jam lebih awal sebelum klinik dibuka, ada yang tak sempat nak sarapan dan ada juga yang tak sempat makan ubat, semuanya disebabkan nak dapatkan giliran awal di klinik kerajaan. Tapi ada juga pesakit yang datang awal kerana tempat tinggal yang agak jauh dari hospital. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman seperti ladang kelapa sawit dan agak susah untuk mendapatkan kenderaan. Kes macam ni, okeylah, kita pun faham kesusahan mereka.

Tips kali ini yang aku nak kongsikan adalah kalau boleh kita janganlah datang klinik terlalu awal atau terlalu lewat dan pastikan bersarapan. Maksud awal di sini, klinik belum dibuka tapi dah menunggu depan pintu klinik, bayangkan kalau dah menunggu sejak 6.30 am tapi klinik buka pukul 8.00am, tapi giliran rawatan pukul 9.00am. Kan dah menunggu 3 jam lebih. Disebabkan datang terlalu awal, sarapan dan ubat pun tak sempat nak makan semasa hari temujanji. Pesakit sampai kelaparan menunggu giliran. Kalau ada penyakit Tekanan Darah Tinggi atau Hypertension, sudah tentu tekanan darah meningkat bila giliran dah tiba sebab kelaparan.hehe

Alat Periksa Tekanan Darah Tinggi

Simpati juga melihat pesakit tapi nak buat macam mana, doktor tak ramai tapi pesakit pula makin hari makin bertambah. Lagi satu, biasanya warga emas diutamakan, walaupun mereka lewat datang, tetap kita utamakan giliran mereka dulu. Warga emas maksudnya mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Hari tu, masa aku sakit sebulan yang lepas, aku pun menunggu hampir 3 jam walaupun itu temujanji doktor dengan doktor. Aku tak marah sebab aku faham kenapa lambat giliran di mana ada pesakit yang perlu rawatan lebih awal contohnya, warga emas dan penyakit yang akut.

Jadi kesimpulannya, pastikan sarapan terlebih dahulu sebelum hadir temujanji dengan doktor dan kalau boleh, ikut masa temujanji. Dan paling penting, jangan tertinggal makan ubat walaupun pada hari temujanji tersebut. Ok

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

9 thoughts on “Tips 6 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. penyakit yang akut tu ape maknenye ek? tak paham la istilah2 doktor ni.. hehe..

    btw nice tips, akan cuba set masa yg betul bila ade temujanji dgn doktor..
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. Tengok jarum pun takut :p
    Aiman Aziz recently posted..Blogger ‘Famous’ tidak reti bercakap?My Profile

  3. Kesian kan orang yang menunggu sampai berjam-jam hanya kerana kekurangan doktor. Tak dpt dibayangkan macam mana tahun 2020 kalau masih tak cukup doktor.
    Cikgu Hairul recently posted..Kuantan, Cherating dan Ana Petai Ikan BakarMy Profile

  4. saya biasa jumpa doktor kat rumah mmg srapan, dh sampai hosp pn p cafe jgk mkn lg sbb lama nk tggu gliran smpai.

  5. masa check mengandung dan anak, mmg pergi awal, sbb ramai sgt org, nak kejar masuk kerja lagi. mmg kesian kdg2. itulah, klinik tempat kami ni cover byk sgt kawasan.. itu yg semua berkejar nak awal tu..
    fiezaradzi recently posted..Makan Cendol di Acu Sup UtaraMy Profile

  6. salam aya :)

    tips yang bermanfaat..sblm ni memang selalu pergi awal ke klinik atau hospital pada hal giliran lambat lagi…
    Ayie Abas recently posted..KESEPIAN – SUDIRMANMy Profile

  7. Tips ni kena ikut. Terbaik.

    Bab beratur awal ni, amne salah sorangnye lah…hehe
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  8. tak suka jumpa doktorrr…
    titan recently posted..Komisen kedua dari Bakar Lemak PantasMy Profile

  9. Memang perlu datang awal untuk mengelak kesesakakan lalu lintas dan tempat duduk di klinik yang terhad.
    akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge