Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor

Seminggu yang lepas, aku kerja malam atau dipanggil sebagai oncall. Seperti biasa, apabila bekerja di hospital daerah di Sabah, seorang doktor kena menjaga sebuah hospital termasuk unit kecemasan, unit bersalin dan beberapa wad pesakit dalam.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Penat? Mestilah penat, namanya gak makan gaji. Hehe. Tapi ia satu pengalaman.

Sebenarnya, masa aku oncall tu, seorang pesakit wanita, berusia 68 tahun datang ke unit kecemasan disebabkan pening kepala, percakapan yang tidak jelas dan lemah tangan kanan selama sehari. Maklumat lebih lanjut, aku perolehi dari pesakit tersebut, rupa-rupanya, dia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai Hypertension sejak 3 tahun lalu, dan mendapat rawatan di klinik swasta. Namun begitu, beliau tidak mengambil ubat sejak setahun lalu kerana beranggapan tekanan darahnya dah tak tinggi dan tidak perlu meneruskan temujanji dengan doktor.

Tekanan darahnya pada malam itu sangat tinggi iaitu 220/120mmHg. Pemeriksaan lanjut menunjukkan pesakit ini mengalami stroke atau angin ahmar.

Jadi, kesimpulannya dari kes pesakit ini, jika kita mengalami sesuatu penyakit seperti Hypertension, Diabetes Mellitus, stroke dan lain-lain, pastikan kita mengambil ubat secara berkala dan jangan sesekali tidak meneruskan temujanji dan rawatan dengan doktor. Sebab kita kena ingat, apa yang berlaku dengan orang lain, mungkin boleh berlaku dengan kita juga. Kalau dah berlaku sesuatu penyakit yang bahaya, menyesal pun takda gunanya. Betul tak?

Drugs / Ubat- ubatan

Dan satu lagi, jangan bergantung sepenuhnya kepada ubat sahaja untuk sembuh. Pastikan kita amalkan cara hidup yang sihat seperti berhenti merokok, berhenti minum arak, kurangkan kegemukan dan kawal pemakanan kita. Ubat hanya mampu membantu dalam proses penyembuhan dan pengawalan sesuatu penyakit.

Oleh itu, sama-samalah kita majukan sukan untuk negara.. Oopss.. Hehe. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri kita dan juga keluarga. Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

10 thoughts on “Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. Bila dh sihat kadang2 kita lalai. Konon xnk bergantunh pada ubat. X sangka ada kesan buruk
    mama adam recently posted..WW : Tips Bercakap Dengan AnakMy Profile

  2. pernah jadi kat keluarga terdekat bila ubat ditinggalkan, penyakit lama pun dtg kembali, sejak dari tu ubat mmg die makan ontime sambil2 org sekeliling dok ingatkan dia.. 😀
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  3. takut la nk jumpe doktor. huhu, berdebar2.. dahla sejuk plak tu 😀
    Hiburan recently posted..Kelebihan Berzikir Terhadap Otak ManusiaMy Profile

  4. kalau dah doktor punya penjelasan macam tu tak perlu penjelasan lain la..hehehe
    Sharafie recently posted..Minum Petang Di Fraser HillMy Profile

  5. salam aya 🙂

    klu semua org ikut saranan dr aya tu..amal gaya hidup sihat tentu para doktor ada masa tuk berehat tak laa terkejar2 sibuk spjg masa kn? 😀
    Ayie Abas recently posted..Sekilas Fakta Tentang LanunMy Profile

  6. tak suka jumpa doktorrr…
    titan recently posted..You raise me up..My Profile

  7. Sangat tinggi tekanan darah dia tu. Aish!
    Izzat Eshak recently posted..Penggunaan aku atau saya dalam blogMy Profile

  8. Saya memahahi situasi makcik tersebut. Kalau doktor beri ubat mereka makan dan ada yang takut berjumpa doktor pun ada.

    Bimbingan dari doktor untuk kaunseling dan memberi nasihat didalam bahasa muda kepentingan membuat rawatan ulangan atau berkala.

Leave a Reply to fariq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge