Seminggu yang lepas, aku kerja malam atau dipanggil sebagai oncall. Seperti biasa, apabila bekerja di hospital daerah di Sabah, seorang doktor kena menjaga sebuah hospital termasuk unit kecemasan, unit bersalin dan beberapa wad pesakit dalam.
Penat? Mestilah penat, namanya gak makan gaji. Hehe. Tapi ia satu pengalaman.
Sebenarnya, masa aku oncall tu, seorang pesakit wanita, berusia 68 tahun datang ke unit kecemasan disebabkan pening kepala, percakapan yang tidak jelas dan lemah tangan kanan selama sehari. Maklumat lebih lanjut, aku perolehi dari pesakit tersebut, rupa-rupanya, dia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai Hypertension sejak 3 tahun lalu, dan mendapat rawatan di klinik swasta. Namun begitu, beliau tidak mengambil ubat sejak setahun lalu kerana beranggapan tekanan darahnya dah tak tinggi dan tidak perlu meneruskan temujanji dengan doktor.
Tekanan darahnya pada malam itu sangat tinggi iaitu 220/120mmHg. Pemeriksaan lanjut menunjukkan pesakit ini mengalami stroke atau angin ahmar.
Jadi, kesimpulannya dari kes pesakit ini, jika kita mengalami sesuatu penyakit seperti Hypertension, Diabetes Mellitus, stroke dan lain-lain, pastikan kita mengambil ubat secara berkala dan jangan sesekali tidak meneruskan temujanji dan rawatan dengan doktor. Sebab kita kena ingat, apa yang berlaku dengan orang lain, mungkin boleh berlaku dengan kita juga. Kalau dah berlaku sesuatu penyakit yang bahaya, menyesal pun takda gunanya. Betul tak?
Dan satu lagi, jangan bergantung sepenuhnya kepada ubat sahaja untuk sembuh. Pastikan kita amalkan cara hidup yang sihat seperti berhenti merokok, berhenti minum arak, kurangkan kegemukan dan kawal pemakanan kita. Ubat hanya mampu membantu dalam proses penyembuhan dan pengawalan sesuatu penyakit.
Oleh itu, sama-samalah kita majukan sukan untuk negara.. Oopss.. Hehe. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri kita dan juga keluarga. Apa pandangan korang?
Bila dh sihat kadang2 kita lalai. Konon xnk bergantunh pada ubat. X sangka ada kesan buruk
mama adam recently posted..WW : Tips Bercakap Dengan Anak
pernah jadi kat keluarga terdekat bila ubat ditinggalkan, penyakit lama pun dtg kembali, sejak dari tu ubat mmg die makan ontime sambil2 org sekeliling dok ingatkan dia.. 😀
fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds Disaman
takut la nk jumpe doktor. huhu, berdebar2.. dahla sejuk plak tu 😀
Hiburan recently posted..Kelebihan Berzikir Terhadap Otak Manusia
kalau dah doktor punya penjelasan macam tu tak perlu penjelasan lain la..hehehe

Sharafie recently posted..Minum Petang Di Fraser Hill
salam aya 🙂
klu semua org ikut saranan dr aya tu..amal gaya hidup sihat tentu para doktor ada masa tuk berehat tak laa terkejar2 sibuk spjg masa kn? 😀
Ayie Abas recently posted..Sekilas Fakta Tentang Lanun
tak suka jumpa doktorrr…
titan recently posted..You raise me up..
titan tak suka jumpa Aya la ni..heeheh
Aya recently posted..Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor
Sangat tinggi tekanan darah dia tu. Aish!
Izzat Eshak recently posted..Penggunaan aku atau saya dalam blog
Saya memahahi situasi makcik tersebut. Kalau doktor beri ubat mereka makan dan ada yang takut berjumpa doktor pun ada.
Bimbingan dari doktor untuk kaunseling dan memberi nasihat didalam bahasa muda kepentingan membuat rawatan ulangan atau berkala.
Paling penting kena jelaskan dengan pesakit kepentingan ubat dan penyakitnya. Kalo dia tak tahu, mesti dia ambil sambil lewa je..
Aya recently posted..Tips 5 : Jika Anda Jumpa Doktor