Tips 4 : Jika Anda Jumpa Doktor

Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku selalu jumpa pesakit yang cedera ketika bertugas tapi tidak tahu hak mereka sebagai pekerja.

Tips kali ini yang ingin dikongsikan adalah pastikan kita menuntut insurans PERKESO atau SOCSO jika kita mengalami sebarang kecederaan sewaktu bekerja.

stetoskop

Apa yang perlu kita lakukan jika mengalami kecederaan semasa bekerja terutamanya mereka yang bertugas di Swasta?

Jika kecederaan yang dialami menyebabkan kita tidak boleh bekerja, pastikan kita mendapatkan rawatan di hospital dan minta surat cuti sakit atau MC dari doktor yang merawat. Biasanya bayaran insurans yang diberikan kepada pesakit adalah bergantung kepada jenis kecederaan dan kecacatan serta jumlah cuti yang diberikan oleh doktor.

Lagi satu, pastikan kita betul-betul sihat sebelum membuat tuntutan insurans bagi memastikan pampasan yang diterima adalah bersesuaian.

Biasanya, setelah rawatan selesai, kita kena berurusan terus di Unit rekod Hospital dan bukannya terus dengan doktor. Borang dan dokumen tertentu diperlukan sebelum membuat tuntutan insurans. Pegawai di unit rekod yang akan berurusan dengan doktor yang merawat. Bayaran sebanyak rm80 dikenakan kepada pesakit yang ingin membuat tuntutan insurans tersebut. Biasanya laporan tuntutan insurans akan disiapkan oleh doktor dalam masa 2 minggu.

Rasanya, itu saja tips kali ini yang aku ingin kongsikan. aku harap info ini serba sedikit dapat membantu. Pastikan kita tahu hak kita sebagai pekerja. Kalau dapat majikan yang bertanggungjawab, syukur Alhamdulillah. Tapi kalau dapat majikan yang nak lepas tangan je bila kita sakit, susahlah. Betul tak? Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

2 thoughts on “Tips 4 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. kadang2 benda2 macam ginih selalu kita sebagai pekerja terlepas pandang, lagi2 kalau tak pernah diberi pendedahan mengenai hal macam ni.. 😀
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. Info ini memang berguna. Sesetengah tu langsung tak tahu macam mana nak claim. Kat sekolah tak ajar prosedurnya ni. Malahan kat universiti pun tak ada diajar cara-cara nak claim SOCSO dan Insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge