Tips 3 : Jika Anda Jumpa Doktor

Assalamualaikum semua, lamanya aku tak bagi tips-tips berkaitan kesihatan kan. Korang dah baca post Tips 1 dan Tips 2 jika anda berjumpa doktor? Jadi hari ini, aku rasa nak kongsi lagi satu tips jika kita berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital.

stetoskop

Sebenarnya, sekarang aku bekerja di unit pesakit luar, so ramai pesakit yang perlu diperiksa. Apa yang menarik hari ini , aku menerima banyak permintaan dari pesakit untuk membuat surat rujukan ke hospital atau klinik lain kerana mereka ada yang nak berpindah tempat tinggal, berpindah kerja dan ada yang bercuti lama di tempat lain. Tindakan mereka adalah tepat iaitu mendapatkan Surat Rujukan mereka.

Tips 3 adalah pastikan kita mempunyai surat rujukan atau referrel letter dari doktor jika ingin berpindah rawatan ke hospital lain.

Kenapa perlu surat rujukan?

Contoh senario yang berlaku, seorang pesakit perempuan dari salah sebuah hospital di Sarawak berpindah ke hospital di Sabah atas urusan kerja dan ingin mendapatkan rawatan seterusnya di hospital ini tetapi tidak memiliki sebarang surat rujukan dari hospital di Sarawak.

Bila doktor bertanya, apakah penyakit dan ubat yang diambilnya sekarang, Beliau langsung tidak tahu. Pesakit juga pernah membuat pembedahan di hospital tersebut dan bila doktor bertanya apakah jenis pembedahan yang dilakukan, pesakit langsung tidak tahu. Malah, pesakit tidak tahu apa yang doktor tu buang dari tubuh badannya. So keadaan macam ni, sangat tidak membantu. Malah maklumat dan siasatan dari awal terpaksa kita lakukan semula dan ini akan mengambil masa dan juga kos.

Oleh itu, kesimpulannya dengan adanya surat rujukan, sekurang-kurangnya doktor dapat tahu apakah jenis penyakit,ubat dan rawatan yang pernah pesakit
jalani di hospital lain.

Biasanya surat rujukan ini boleh diperolehi dalam sehari dua. Tapi kalau boleh, jangan esok dah nak naik kapal terbang, hari ni baru nak pergi jumpa
doktor dapatkan surat rujukan. Kalau doktor masa tu tak sibuk, okey lah. Kalau diorang sibuk, confirm tak sempat. Jadi apa yang lebih baik adalah dapatkan
surat rujukan tersebut lebih awal. Ok

Harap tips yang simple ini dapat membantu. :) Apa pendapat korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

4 thoughts on “Tips 3 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. ooo. faham dah.. benda jarang berlaku kan, tu yang tak tahu ape nak buat kalau nak berpindah tempat atau sebagainya bagi sesetengah pesakit. 😀
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. salam aya :)

    urusan di hospital selalunya lebih mudah jika ikut prosedur kn..

  3. sangat2 membantu. ekceli tak tau pun pasal ni. memang ilmu baru arini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge