Tips 2 : Jika Anda Jumpa Doktor

Assalamualaikum semua, pembaca BloggerWanita.com yang dikasihi, hari ini, aku nak kongsi satu lagi tips yang penting jika anda berjumpa dengan mana-mana doktor perubatan..

Apa dia?

Pastikan kita tahu apa nama penyakit-penyakit kita yang lepas dan segala rekod perubatan atau surat keluar hospital ( Discharge Summary ) kita simpan sebaik mungkin. Jangan jadikan pembungkus nasi lemak pula, kasihan doktor, penat dia buat surat atau laporan untuk kita..

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana pula kalau doktor tak beritahu nama penyakit kita? … sebab itu, kita perlu bertanya dengan doktor..apa penyakit kita?… itu adalah hak kita sebagai pesakit untuk tahu apa penyakit yang kita alami sekarang.. OK?.. Sebab kita kena faham, doktor di mana-mana hospital kerajaan adalah sangat sibuk, pelbagai ragam pesakit yang perlu dilayan. kadang-kadang tak sempat pun nak explain dengan pesakit, so jangan lupa bertanya, ok..Malu bertanya, sesat jalan..hehe

Credit photo: MotherGuide

Pastikan kita simpan sebaik mungkin sebarang laporan tentang penyakit kita, dicadangkan, letakkkan semua laporan atau rekod perubatan kita pada 1 fail khas, supaya kalo ada berlaku sebarang kecemasan di rumah, tak perlu lagi bersusah-payah nak cari laporan perubatan itu. Masa pun dapat dijimatkan.. Ini penting ye, Lagi-lagi kalo pesakit tu banyak penyakit. Kenapa sangat penting?

1 senario … contohlah.. seorang pesakit itu menghidap penyakit masalah buah pinggang yang dia sendiri tidak tahu, malah laporan perubatan pun dia hilangkan , dan pada satu hari, dia telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru ( pneumonia ). Rawatan antibiotik pada dos yang sama seperti orang normal diberikan. Dia boleh mengalami kesan sampingan ubat overdose disebabkan oleh masalah buah pinggangnya dan mungkin boleh membawa maut. Untuk pengetahuan, biasanya dos ubat bagi pesakit buah pinggang adalah lebih rendah berbanding orang yang normal . Jadi, bab-bab kesihatan ini, kita tak boleh main-main.ok.  Pastikan tahu apa penyakit kita, nama-nama ubat yang kita ambil, beritahu jika ada alergi kepada sebarang ubat dan simpan rekod perubatan sebaik mungkin.

Aku nak kongsi satu kisah yang aku rasa agak lucu bila diingat semula.. Ketika itu,pukul 3 pagi, aku bertugas di jabatan kecemasan, seorang pakcik berumur 51 tahun datang kecemasan disebabkan oleh sakit dada selama 1 hari. Pakcik itu ditemankan oleh isterinya. Mungkin disebabkan panik, isterinya langsung tidak memakai selipar tiba di wad kecemasan itu. Apa yang lucu.. 5 gelang emas dan 2 rantai emas sempat pula dia pakai…Hehe..Tapi masa tu, aku berfikiran positif, mungkin dia tidur dengan pakai emas kot. Tapi sekarang ini, bila aku fikir semula, memang ada orang tido dengan pakai emas tapi aku rasa, takdalah sampai 7 emas kat badan.. Hehe.. Pengajaran di sini, kalo ada kecemasan, bawalah benda-benda yang penting dahulu seperti:

  • kad pengenalan pesakit
  • Sebarang rekod perubatan
  • Ubat-ubat yang dimakan
  • dan kalo boleh ditemani oleh mereka yang rapat dan tahu apa masalah pesakit supaya lebih mudah untuk kita dapatkan maklumat dan diagnosis pesakit.

Pakai Selipar.. itu penting.. Kalo terluka kaki, siapa yang susah? Tak pasal-pasal 2 pesakit serentak tiba di kecemasan.. hehe..

Harap-harap, tips ini dapat membantu kita semua. Jika ada yang tersinggung, minta maaf banyak-banyak. Tak terniat nak menyinggung,  sekadar nak beri kesedaran dan pengajaran kepada diriku dan anda semua pembaca BloggerWanita.com.. Peace.. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

9 thoughts on “Tips 2 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. oo.. ini lebih kurang tips no.3 jugak la kan. tq for info.. 😀
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. […] semua, lamanya aku tak bagi tips-tips berkaitan kesihatan kan. Korang dah baca post Tips 1 dan Tips 2 jika anda berjumpa doktor? Jadi hari ini, aku rasa nak kongsi lagi satu tips jika kita berjumpa dengan doktor atau pegawai […]

  3. Terima kasih atas saran dan infonya. nice blog.

  4. tp ada jg doktor yg cuai..
    laporan perubatan TK ilang dalam simpanan depa..
    .-= TK´s last blog ..KENANGAN DULU-DULU =-.

    • Nobody is perfect.. ask our self before we judge other people..
      sometimes, bukan doktor yang hilangkan, kena tanya staff unit record, kena tanya staff nurse dan ramai lagi yang handle laporan perubatan pesakit.. this is my opinion la.. ok..peace..

  5. Artikel yang menarik..
    elok lah kita menyimpan segala rekod perubatan kita sendiri
    boleh kita pantau kesihatan kita juga
    .-= Syafrizal´s last blog ..Susu ibu lebih bagus dari vaksin untuk bayi =-.

  6. yup, betul tuh, simpan rekod perubatan kita ade kebaikannya,,yang penting bila jadi apa-apa hal kemudian hari diorg tak bleh nak blame kita. Serahkan je laporan perubatan kita kat diorang. Tuh pengalaman saya lah. Thank sharing info nih kak.

  7. wah, ini nasihat dr hati seorang soktor tu sendiri.. 🙂
    .-= adel´s last blog ..Uji Tahap Konsentrasi Anda Dalam Kuliah! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge