Tips 1 : Jika Anda Jumpa Doktor

Assalamualaikum semua. lama aku tak add post blog ni. Maklumlah kerja. penat skit.huhu. Hari ni aku terasa nak bagi tips tentang kesihatan plak. Haa. ini bidang aku ni. hehe. Aku nak bagi satu tips penting kalau kita tak sihat dan pergi berjumpa dengan doktor.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Tip 1

Apabila kita berjumpa dengan doktor, pastikan kita menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh doktor dengan tepat dan cepat. Ingat Doktor bukannya Magician. Jangan fikir bila doktor  tengok kita berjalan masuk hospital je, boleh tahu kita sakit apa. Impossible. Jadi apa yang paling penting , jawab soalan dengan tepat dan jujur. Ceh, macam jawab exam plak.hehe

But seriously, this is very important. ok . 🙂

Contoh senario dan perbualan sebenar yang perlu DIELAKKAN:

Doktor: Encik, dah berapa lama sakit perut ni?

Pesakit: Dah lama, doktor.

Doktor:  Berapa hari?

Pesakit: Eh, laaaaama lah doktor. Memang lama dah ni.

Doktor: Yelah encik, sebulan tu lama, setahun pun lama, sepuluh tahun pun lama.

Pesakit: Eh takdalah doktor, saya sakit perut dah 5 hari.


Contoh senario dan perbualan sebenar yang kedua yang perlu DIELAKKAN:

Doktor: Selamat pagi, puan. Boleh saya tahu puan ada masalah atau sakit apa?

Pesakit: Doktor, saya datang hospital ni, mestilah sakit. Doktor lah yang kena tahu saya sakit apa.

Doktor: yelah puan, sakit kepala ke, sakit perut ke, demam ke, mestilah ada sebab puan datang hospital kan?

Pesakit: oo, saya sakit perut. dah 2 hari, doktor. tak okey-okey juga.

Doktor: Selain sakit perut, ada lagi masalah lain?

Pesakit: Takda.

Doktor: Cirit-birit, muntah atau demam?

Pesakit: oh ada. cirit birit .


Contoh senario dan perbualan yang sebenar yang DIGALAKKAN:

Doktor: Selamat pagi, encik. Ada masalah apa yang boleh saya bantu?

Pesakit: Saya sakit perut, doktor

Doktor: Berapa lama sakit perut?

Pesakit: Adalah 2 hari , doktor

Doktor: Lain-lain masalah ada?

Pesakit: Ye. ada doktor, saya ada muntah dan cirit birit gak. Demam pun ada, doktor. Sama gak, dah 2 hari macam ni.

Kesimpulan

Kedua-dua senario di atas yang perlu DIELAKKAN menunjukkan pesakit tidak menjawab soalan doktor. Ingat doktor bukannya tengok 1 pesakit je dalam 1 hari, tapi beratus pesakit yang kena diperiksa. Jadi kalau kita tidak menjawab soalan dengan tepat dan cepat, Kita akan melambatkan prosedur dan rawatan di hospital. Dan orang lain akan menunggu giliran lebih lama.

Selain daripada pemeriksaan badan dan darah pesakit, doktor juga sangat memerlukan maklumat dari pesakit untuk mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit dengan tepat. Pastikan kita memberi segala maklumat dengan jujur.

Pastikan kita bercakap dengan sopan dengan orang lain walaupun kita dalam keadaan yang sangat sakit. Ingat doktor juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Ceewah, jiwang karat plak. hehe

My friend pernah bagitau kat aku, kalau nak tengok perangai orang yang sebenarnya, tengok masa dia dalam keadaan sakit. Masa tulah boleh tengok perangai orang yang sebenar sama ada dia sopan, sabar atau pun tidak. Tak tau lah betul atau tak. hehe.

P/S: Harap-harap , tips ni berguna untuk kita semua. Tips ini memberi faedah supaya kita mendapat rawatan yang tepat dan juga memudahkan dan mempercepatkan proses rawatan di hospital. So kita pun, tak payah lah menunggu giliran lama sangat kat hospital. Betul tak? 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

13 thoughts on “Tips 1 : Jika Anda Jumpa Doktor

  1. heheh.. rasa macam lawak pun ade bila baca 2 situasi yg patut dielakkan tu,

    mohon tambah lagi tips ye doktor aya, sangat berguna ni jika ade perkara yang tak diingini berlaku.. 😀
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. […] Assalamualaikum semua, lamanya aku tak bagi tips-tips berkaitan kesihatan kan. Korang dah baca post Tips 1 dan Tips 2 jika anda berjumpa doktor? Jadi hari ini, aku rasa nak kongsi lagi satu tips jika kita […]

  3. JeanCDildy says:

    Thanks for this site. And also for the tips.:D

  4. hai..
    suri teramat suka akan kenyataan tersebut..

    “My friend pernah bagitau kat aku, kalau nak tengok perangai orang yang sebenarnya, tengok masa dia dalam keadaan sakit. Masa tulah boleh tengok perangai orang yang sebenar sama ada dia sopan, sabar atau pun tidak. Tak tau lah betul atau tak. hehe.”

    selalunya mmg betul pun..hehehe sb dri situlah identitinya di sorok macam tikus mondok..kiki 🙂

  5. wuinah..best2. nak blakon lah pasni kalau jumpa doc

  6. salam…

    kelakar pulak baca dialog2 tu.. hehe…

    yalah.. doktor pon boleh pening.. terpaksalah berubat sendiri.. =P

  7. hehehhe!! lucu lah 🙂 rindu kat aya, dah lama tak update blog..huhuhu! 🙂

    • Busy kerja. skang ni pun kul 11 pm lebih baru balik dari kerja. penat. huhu Tapi still semangat buka blog. 🙂 . Ini jelah antara aktiviti isi masa yang ada. hehe

  8. haha baeklah doktor!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge