Tiada Duit !!!

Hari ini, aku telah menghadiri mesyuarat kematian bayi perinatal peringkat daerah dekat hospital. Mesyuarat bermula pukul 11.30am dan berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengahari.

Selesai je meeting tu, aku pun bergerak ke kawasan parking untuk mengambil keretaku. Tiba-tiba, seorang lelaki menegurku:

“Doktor,boleh tolong saya?”

Aku pun senyum dan menjawab:

“Kenapa ya encik?”

“Bolehkah doktor tolong bagi kami sedikit duit, kami tiada duit tambang mau balik rumah”

Aku pun kehairanan,

Lelaki tu pun berkata lagi:

“Anak saya baru dikeluarkan dari wad. Semua duit dah bayar bil hospital. Sekarang ni, kami tiada duit tambang “

Sedihnya rasa hatiku apabila melihat lelaki tersebut bersama 3 orang anak dan isterinya duduk di tepi parking kereta. Macam rasa nak keluar air mata ni. Tapi aku tahan je..

Masa tu, aku tak bawa wang tunai yang banyak. Aku mampu bagi RM50 je masa tu. Harap-harap mencukupi untuk tambang mereka. Aku dapat melihat wajah si ayah tadi kelihatan agak malu untuk meminta duit dariku tapi aku faham mereka dalam keadaan terdesak.

Betapa sedih melihat keadaan mereka sekeluarga dan aku rasa sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri padaku. Alhamdulillah..

Gambar Budak Perempuan Bersyukur

Sebelum ini, salah seorang sahabatku pernah beritahu kat aku bahawa dia tidak suka menderma pada orang yang meminta sedekah. Bagi dia, kebanyakan itu semua sindiket penipuan sahaja. Mungkin juga penipuan, tapi bagiku, kalau seseorang itu menipu, itu urusannya dengan Allah, yang penting, niat kita untuk bersedekah. InsyaAllah, pahala menanti kita. Amin

12 thoughts on “Tiada Duit !!!

  1. a’ahhh .. mungkin lelaki itu terlalu terdesak demi anak-anak . . kasihan kan ..

    Memang kita kena banyak bersyukur .. perut sentiasa kenyang …

  2. kalau seseorang itu menipu, itu urusannya dengan Allah, yang penting, niat kita untuk bersedekah. InsyaAllah, pahala menanti kita. Amin. saya setuju sekali,jaman sekarang sudah banyak pengemis dijadikan pekerjaan sehari-hari, namun kalau ingin sedekah bagusnya ke orang yang sudah tua.

  3. asslmkm kak.. lama tak jengah sini..

    kalau saya kat situasi akk pun, mungkin sy bantu berapa yang mampu je.. kadang2 kita tak duga, harini kita memberi sebanyak tu, esok lusa Allah akan gantikan sesuatu yang lebih berharga buat diri kita.. seandainya kita xdapat tolong, tntu juga kita rasa xsenang hati kan kak..
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge