Terbaru! SBPA Dibatalkan & SSM Ditambah baik

Keputusan tentang Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditunggu-tunggu akhirnya terjawab. Perdana Menteri (PM) telah mengumumkannya di Perhimpunan Penjawat Awam hari ini di PICC bahawa SBPA telah dibatalkan dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kekal dan akan ditambahbaik. Satu penubuhan Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji sistem saraan penjawat awam pada masa akan datang.

sbpa-sistem-saraan-baru-perkhidmatan-awam

Antara Penambahbaikan SSM adalah :

  • Kenaikan gaji sebanyak 13 peratus untuk kumpulan profesional dan pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Kenaikan gaji sebanyak 9 peratus bagi kumpulan Gred Utama C,B,A
  • Kenaikan gaji sebanyak 8 peratus bagi Gred Turus 3 dan 2
  • Kenaikan gaji sebanyak 7 peratus bagi Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara.
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80 hingga RM320 bagi Gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B dan RM150 dari RM100 bagi kawasan C.
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Alhamdulillah, aku bersyukur adalah juga kenaikan gaji sebanyak 13 peratus dari gaji sekarang. Kadar kenaikan gaji tahunan juga meningkat. Rezeki! Rezeki!

Apa komen korang tentang keputusan PM ni?

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

7 thoughts on “Terbaru! SBPA Dibatalkan & SSM Ditambah baik

  1. [...] on 01/04/2012 by AyaMuat Turun Pekeliling SSM Gaji Baru 2012Filed under Info Terkini0 Sebelum ini Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan dan digantikan dengan Gaji baru Sistem Saraan Malaysia kerana ramai pegawai yang mungkin tidak [...]

  2. terbaik dari ladang

  3. Melayang duit bayar konsultan yang membuat SBPA. Hairan kenapa dibatalkan SBPA secara tiba-tiba?

    Nota: Commentluv tidak berfungsi.

    • Mungkin ramai yang tak puas hati dengan SBPA.. kalo diteruskan juga, risau masalah pada pilihan raya plak… rasanya la…

  4. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang diberi. Alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge