Temujanji Doktor dengan Doktor

Tajuk post  macam pelik je bunyinya.hehe.. Sebenarnya, semalam aku ada temujanji dengan doktor di hospital pakar.

Aik? Doktor pun ada temujanji dengan doktor ke? Mestilah, doktor pun manusia biasa, mesti boleh sakit punya. Heee.

Sebenarnya, sebulan yang lepas aku tak berapa sihat, aku mengalami batuk hampir lebih 2 minggu dengan kahak yang berwarna hijau dan beberapa kali bercampur dengan darah serta susah bernafas. Eeerrggghh.. Scary je bunyi.. Of courselah aku risau kalau-kalau aku terkena jangkitan penyakit Tuberculosis atau kita panggil batuk kering . Maklumlah, bila mengandung ni, sistem pertahanan badan tidak kuat, apatah lagi selalu berhadapan dengan pesakit yang bermacam-macam penyakit, sudah tentu aku sangat berisiko tinggi untuk dapat jangkitan penyakit.

Batuk Berkahak

Pagi-pagi semalam, aku dah bergerak sorang-sorang menuju ke hospital pakar tersebut. Seperti biasa, ambil nombor dan tunggu giliran dipanggil. Tujuan temujanji hari ini, sekadar nak tahu keputusan kahakku yang dihantar 2 minggu lepas.

“Nombor 133 Bilik A”,

Okey, itu nombor giliranku, aku pun bergegas masuk dengan perut yang dah berisi dan membuncit ke bilik doktor. Heee.  Apabila berada di dalam bilik tu, doktor tu terkejut sebab dia kenal aku, dan dia tahu aku seorang doktor, lepas tu dia pun cakap,

” Laa, kenapa doktor tak ambil nombor khas untuk staf?”

Aku tersenyum ” Takpalah, aku nak juga rasa menunggu macam pesakit lain rasa” . Dia pun turut tersenyum.

Alhamdulillah, keputusan ujian kahak adalah negatif untuk bakteria TB atau kuman lain.

Aku sebenarnya lebih suka ikut peraturan dan tunggu giliran walaupun aku adalah staf juga. Bukannya apa, bagi aku, kalau kita sendiri sebagai staf tidak mengikut peraturan yang telah disediakan, bagaimana orang lain nak hormat peraturan kita kan? Lagipun, pesakit lain pun menunggu lama juga, takkan kita suka-suka nak shortcut turn orang, Tak eloklah.. Kadang-kadang, kalau betul ada hal yang emergency, mungkin boleh dipertimbangkan.. Apa pandangan korang?

Rahsia Menambat Nafsu Isteri & Rahsia Seni Teknik Kamasutra Buat Suami

Penaja BW

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

8 thoughts on “Temujanji Doktor dengan Doktor

  1. susah nak jumpa insan yang baik hati mcm akak ni..haha
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  2. sikap yang patut dicontohi oleh orang lain…

  3. salam aya 🙂

    ermmm..mulia nya hati aya nk merasa pengalaman beratur mcm pesakit2 lain..
    Ayie Abas recently posted..Kenangan Zaman Persekolahan DakuMy Profile

  4. terbaiklah doktor aya ni. doktor contohlah.
    Denaihati recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013My Profile

  5. wahh..baiknya doktor nih..
    titan recently posted..#SBB2013 – Gua kena tangkap.My Profile

  6. saya kagum dengan Aya. Sanggup menunggu seperti pesakit biasa. Saya kenal dengan ramai doktor muda, tapi kebanyakan mereka tidak merendah diri. I mean, agak riak dengan kelulusan, gaji dan pangkat. Hmmm.. sekadar perkongsian.

  7. Agak janggal baca entri. Betul juga kata Aya, doktor juga insan biasa. Apa pun jaga kesihatan baik-baik.
    akubiomed recently posted..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013My Profile

  8. betullah tindakan Aya tu, rasanya saya juga akan melakukan perkara yang sama sekiranya berada dalam situasi seperti tu… kesian dengan orang lain 🙂
    Mama Murai recently posted..Bagai meludah ke langitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge