Tempah Kad Kahwin Murah, Cantik dan Elegan Secara Online

Hari ini, aku nak kongsi dengan rakan pembaca BloggerWanita.com bagaimana cara nak dapatkan kad kahwin secara mudah dan hanya di hujung jari sahaja.Heeee.. Panduan ini khas buat rakan-rakan yang mungkin sibuk bekerja dan dah takda masa nak pergi kedai-kedai untuk survey kad kahwin.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Beberapa bulan sebelum bernikah, aku selalu survey kad kahwin di internet je dan selalu membandingkan harga kad kahwin yang mana lebih murah tapi menarik. Yelah, kenalah berjimatkan.

So far, alhamdulillah, aku dapat jumpa laman web kadkahwin.com. Memang banyak pilihan kad kahwin yang comel, cantik, menarik dan elegan, dan bagi aku harganya pun murah dan berpatutan, ada yang serendah 29 sen sahaja. Jenis kad mungkin boleh disesuaikan dengan budget masing-masing.

Servis yang diorang sediakan pun juga bagus. Sebelum aku berceloteh lebih panjang, post ini bukannya post advertorial, aku hanya review laman web ini sebab aku berpuas hati dengan servis yang mereka sediakan.

Ini adalah draft kad kahwin yang telah aku tempah, Hanya Rm0.70 sekeping sahaja jika beli lebih 1000 unit.

 Panduan Dari A – Z Persediaan Perkahwinan – Klik Sini

Bagaimana nak beli kad kahwin?

Mula-mula, pilih kad kahwin yang berkenan dan isi borang tempahan kat laman web tersebut dan mereka akan menghubungi kita melalui email atau telefon,seterusnya buat pembayaran untuk lakaran peta lokasi majlis perkahwinan(jika ada).

Bila kita dah setuju dengan design lakaran peta tersebut, barulah mereka akan cetak setelah kita membayar 50% deposit. Setelah semua cetakan telah siap, bayaran selebihnya dan kos penghantaran perlu dijelaskan. Hanya dalam masa 2 hari penghantaran, kad kahwinku dah sampai ke Sabah. Mudah dan Cepat.

Ini sekadar perkongsian buat rakan pembaca yang mungkin sekarang ini tengah sibuk mencari kad-kad kahwin yang murah untuk majlis perkahwinan masing-masing. Kalau ada sebarang pengalaman atau perkongsian, boleh share kat komen di bawah. Bantu bakal pengantin-pengantin yang lain. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

28 thoughts on “Tempah Kad Kahwin Murah, Cantik dan Elegan Secara Online

  1. hehe. cun gak sedang mencari benda mcm ni.hehe
    pahan recently posted..Kawan sejati teman abadi & sukar digantiMy Profile

  2. ini bisa jadi tips yang berguna,,thanks atas infonya ya,,
    Ananda recently posted..Best 5 places to vacation in Phuket, ThailandMy Profile

  3. Produk yg baik akan lebih baik lagi kalau mudah diperolehnya, sepertinya belanja online adalah solusi yang tepat ya,,Salam
    fira recently posted..Tips for Installing New Audio and Video Equipment in Your CarMy Profile

  4. belanja online memang solusi yang baik untuk mencari barang murah dengan kualitas yang tidak kalah,,,
    Payno recently posted..Know More Closely Tracking Cell Phone OptionsMy Profile

  5. murah tetapi mempunyai kualitas yang baik tentunya akan menjadi pilihan yang tepat,,
    nobay recently posted..About Windows eight have Smart Screen optionsMy Profile

  6. sebuah referensi yang bagus bagi mereka yang berencana untuk menikah,,,
    yonobae recently posted..Use Glasses to Suit Your Eye HealthMy Profile

  7. teringat kad kawen aku dlu…

  8. masa nak kahwin dulu tak da sarch kat internet pun, terus serbu ke Jalan Pudu KL. memang banyak kedai kad kahwin kat sana
    wandisini recently posted..Salam Aidilfitri 1433hMy Profile

  9. fuh…semuanya dihujung jarikk..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 9My Profile

  10. wah..murah jugak…cantik jugak. senang kan sekarang, online pun bolej tempah
    maisarah recently posted..Berhijab Bukan PenghalangMy Profile

  11. wah..murah juga kan?!…bookmark dlu website tu.nnti nak kawen,leh la tempah.hahahhaa

  12. wah,,, huhuu,, insya ALLAH ti muja nak kawin tempah online je,, kih3
    muja recently posted..Palestinian in INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU.My Profile

  13. Sekarang ini sudah mudah untuk buat pesanan kad jemputan kahwin. Cuma jangan buat tempahan di saat-saat akhir.

  14. teringat kad kahwin lama, buat sendiri je kat rumah pakai printer canon, map dengan ayat jemputan pakai ms word je…
    keretahitam recently posted..Ayah Tengok Tu….!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge