Pendaftaran Innity Berjaya

Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari

Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari? Alhamdulillah, rezeki Allah, akhirnya permohonan Innity ku berjaya dalam masa 1 hari. Macam terasa diambil kerja kerajaan pula.. Hehehe
Tak sia-sia aku cuba amalkan 12 Tips Lulus Permohonan Iklan Innity . Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki Allah lebih melimpah dan aku boleh buat duit dengan Innity. Amin

Sebelum ini, memang boleh buat duit dengan Iklan Nuffnang, cuma tak banyak. Jadi sekarang ini, nak mencuba nasib dengan Iklan Innity pula.

Apa itu Innity Blogger atau Publisher

Apa Itu Innity?

APA ITU INNITY?

Syarikat Innity adalah lebih kurang sama seperti syarikat pengiklanan Nuffnang. Namun begitu, syarat untuk memilih blogger menyertai pengiklanan yang disediakan oleh pihak Innity agak ketat berbanding Nuffnang. Namun, sudah tentu bayarannya adalah lebih mahal berbanding bayaran yang diberikan oleh syarikat Nuffnang.

Kebanyakan ramai blogger profesional dan pemilik portal berita memilih iklan Innity untuk diletakkan pada blog atau web mereka bagi menjana pendapatan secara berterusan.

Ramai juga blogger yang berjaya menjana pendapatan RM2K-RM5K sebulan melalui pengiklanan Innity.