9 Syarat Daftar Innity 2015

Syarat Daftar Innity 2015?

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger, sebelum ini, Aya ada terangkan Apa itu Innity? dan 12 Tips Lulus Permohonan Iklan Innity. Harap 2 artikel tersebut dapat membantu rakan blogger yang lain untuk memohon pengiklanan Innity.

Hari ini, Aya sekadar nak kongsi syarat daftar Innity untuk tahun 2015 ini. Boleh lihat screenshot Site Requirements untuk publisher Innity di bawah dan Aya cuba huraikan dalam bahasa Melayu yang mudah difahami.

Syarat Daftar Innity

Syarat Daftar Innity

Di bawah ini adalah syarat mohon Innity atau syarat kelayakan sebelum mendaftar Innity.

  • Laman web atau blog hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 pageviews sebulan dan sekurang-kurangnya 40,000 pelawat unik sebulan.
  • Laman web atau blog mesti berasaskan kandungan, bukannya hanya senarai pautan atau iklan atau web yang tertumpu semata-mata buat duit melalui pengiklan Innity.
  • Mesti berfungsi sepenuhnya di semua peringkat atau artikel. Bukannya UNDER CONSTRUCTION
  • Tidak boleh mengandungi sebarang kandungan dewasa atau pautan daripada atau mana-mana bahan-bahan dewasa atau lucah.
  • Kandungan tidak boleh melanggar mana-mana harta intelek peribadi atau hak cipta.
  • Kandungan laman web atau blog tidak boleh mengandungi muatturun audio, video, online streaming dan perkongsian fail
  • Kandungan laman web atau blog mesti dikemaskini kerap (setiap hari)

– Penyenaraian di kumpulan berita
– Bukan emel pukal atau spam
– Mesej segera
– Chat room

  • Trafik tidak boleh dihasilkan melalui kaedah penipuan seperti:

– Robot
– Spiders
– Pelayar auto
– atau mana-mana trafik palsu

Di atas ini adalah syarat mohon Innity ya. Sesiapa berminat buat duit dengan blog, boleh cuba daftar di Innity.com. Selamat mencuba!

9 thoughts on “9 Syarat Daftar Innity 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge