Supplemen Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum semua rakan pembaca yg dirindui semua…

Lamanya Aya tak update blog ni. Maklumlah sibuk mempelajari ilmu Shaklee. Hehe… Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dapat jumpa produk Shaklee dan jatuh cinta pada Mr Shaklee.

Shaklee Supplemen Terbaik Di Dunia?

Billboard Shaklee Malaysia

Sebelum ini, Aku memang tak percaya pasal supplemen-supplemen sebab bagiku, semua syarikat yang buat supplemen hanya nak buat bisnes dan untung semata-mata je. Tapi sejak Aku sendiri ambil Shaklee sebagai supplemen. Alhamdullilah, aku sendiri memilih untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan rakan pembaca.

Aku jadi doktor untuk merawat penyakit yang dialami oleh pesakit-pesakitku. Dan ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit adalah bahan kimia yang digunakan untuk merawat penyakit.

Dalam bidang perubatan, Aku sebenarnya lebih berminat dalam bahagian prevention atau pencegahan. Kalau di klinik, Aku suka mengajar pesakit. Kalau pesakit tak ramai, lebih banyak masa untuk ajar pesakit tentang penyakitnya. Mungkin sebab dulu nak jadi cikgu kot..hehehe. Aku sangat suka bila pesakit keluar dari bilik doktor dengan senyuman. That’s the best gift for me. Maksudnya secara tidak langsung, Aku dapat kurangkan kesengsaraan mereka.

Apabila Aku mengenal Shaklee dan tahu akan potensinya dimana ia mengutamakan pencegahan penyakit melalui amalan nutrisi semulajadi dalam kehidupan seharian, maka aku pilih produk ini untuk dikongsikan kepada orang lain di sekelilingku. Sharing benda yang baik adalah salah satu pahala untuk kita. Betul kan?

Semoga lebih banyak kebaikan Shaklee dapat Aya kongsi dalam blog kesayanganku ini. 🙂

2 thoughts on “Supplemen Terbaik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge