10 Soalan Tentang Kerjaya Doktor Pelatih

Apakah soalan-soalan tentang kerjaya atau tugas Doktor Pelatih? Alhamdulillah, rupanya ramai adik-adik lepasan SPM di Malaysia yang berminat untuk menjadi doktor perubatan. Tahniah kak Aya ucapkan sebab dah ada niat untuk membantu ramai orang yang memerlukan.

Hari ini kak Aya nak kongsi pengalaman kak Aya sendiri sebagai seorang doktor perubatan berdasarkan daripada soalan-soalan daripada salah seorang adik yang berminat menjadi doktor kelak. Di bawah ini adalah pertanyaan daripada Adik Zarifshah:

[quote]Salam, doktor. Saya nak tanya, klu belajar medik ni total year dia around 10 tahun la kan? jadi mcmana nak ada duit dlm masa tu ? ada elaun ke atau time pelatih tu dah dibayar gaji? and macam mana dlm tempoh beljar tu nak berkhawin? time cuti ke? haha saya nak sgt tahu. and dlm time beljar tu biasanya duduk rumah sendiri atau tempat diorg? dan lagi satu kenapa skrg ni banyak doktor tapi tak kaya pun? and sometimes saya lihat doktor tu(pakcik saya) mcm tak bekerja pun. relax saja. adakah sbb hospital skrg ni hanya mahukan doktor phd sahaja? jadi klu nak jadi doktor peringkat apa yg paling dijamin ye doktor? Terima Kasih.[/quote]

 

Kak Aya cuba jawab soalan-soalan di atas satu persatu ya. In Sha Allah.

Tugas Doktor Pelatih

10 Soalan Tentang Kerjaya Doktor Pelatih

1. Adakah tempoh belajar perubatan lebih kurang 10 Tahun?

  • Sebenarnya belajar perubatan di Malaysia adalah 5 tahun dan 6 tahun jika belajar di luar negara (Universiti Tertentu)
  • Cuma selepas SPM, adik diberi pilihan, sama ada ingin memasuki matrikulasi, pusat asasi atau STPM sebelum memasuki bidang perubatan di Universiti. Biasanya tempoh 1 atau 2 tahun.
  • Sebenarnya, bukanlah 10 tahun..
  • Tetapi, pengajian akan dilanjutkan setahun jika gagal peperiksaan akhir tahun. Kalau setiap tahun gagal, boleh sampai 10 tahun juga tu. Heeee

 

2. Macam mana nak ada duit dalam masa belajar tu?

  • Masa belajar perubatan, kak Aya layak menerima biasiswa daripada pihak JPA. Jadi itulah duit yang digunakan semasa belajar di Universiti. Kalau adik ambil tajaan biasiswa ini, adik perlu kontrak 10 tahun bekerja di hospital atau klinik kerajaan. Kalau berhenti awal, kena bayar lebih RM200K semula.

 

3. Semasa jadi doktor Pelatih, Adakah elaun atau gaji dibayar?

  • YA, gaji dan elaun seperti biasa. Nilai gaji adalah nilai mengikut Gred U41. Kak Aya dah lupa  gaji UD41 sekarang. Masa kak Aya dulu dalam RM3500 lebih sahaja. Sekarang gaji doktor pelatih lebih tinggi.

 

4. Macam mana dalam tempoh belajar tu nak berkahwin?

  • Masa kak Aya di Universiti, rasanya takda kawan yang kahwin. Tetapi masa menjadi doktor pelatih selama 2 tahun tu, boleh je kahwin. Cuma tanggungjawab akan bertambahlah, lagi-lagi kalau ada anak.
  • Kalau adik-adik mampu, takda masalah. Masa kak Aya dulu, memang niat akak nak bantu orang tua dulu, sebab akak dari keluarga yang susah. Akak kahwin selepas 4 tahun bertugas sebagai doktor. Alhamdulillah, sekarang dah ada seorang anak lelaki. ^_^

 

5. Adakah Masa Cuti Semasa Jadi Doktor Pelatih?

  • Memang ada. Kalau tidak on call, boleh cuti. Boleh juga memohon cuti rehat. Masa kak Aya, tak silap boleh memohon 25 hari Cuti Rehat setahun. Tetapi dengan kebenaran Ketua Jabatan. Kalau masa tu, doktor tidak cukup, tak boleh lah cuti.. Huhu

 

6. Semasa masih bergelar doktor pelatih, tempat tinggal di mana ya?

  • Bergantung pada keselesaan kita. TIDAK WAJIB tinggal di tempat yang disediakan.
  • Zaman kak Aya, akak lebih suka tinggal kat flat hospital sebab semasa bekerja sebagai doktor pelatih, kita kena datang awal ke hospital untuk memeriksa pesakit sebelum bos atau doktor pakar kita datang. Kalau dalam kawasan hospital, takdalah tergesa-gesa sangat. No traffic jam.
  • Tapi teringat zaman Housemanship dulu, kadang terbangun lambat sebab terlalu penat. Siap kena marah lagi. Jadi pekakkan telinga je. Hehehe.. Jangan simpan dalam hati. Sebab kita dah buat silap, kenalah bertanggungjawab. Learn from mistakes…
  • Tolong adik-adik ya. Jangan terus nak berhenti jadi doktor bila selalu kena marah. Kita kena think positive. Kalau kita buat salah, cuba terima dan cuba baiki kesilapan tu. Jangan diulang lagi. Jangan beranggapan bos kita benci kita. Bos kita marah-marah sebab dia tak nak kita buat silap bila dah jadi doktor sebenar nanti. Sebab ia melibatkan NYAWA orang lain. Ala gosip-gosip bos sikit tu.. biasalah release stress di antara doktor pelatih..kihkihkih.. Minta maaf  lepas tu.. Gurau-gurau je.. Jangan ikut tau..

 

7. Kenapa doktor tak kaya pun?

  • Soalan cepu emas.. Kenapalah aku tak kaya-kaya lagi ni? (Tertanya-tanya sambil merenung duit di dompet) 🙂 . Nasib baik ada duit sambilan Stevia, Shaklee dan Blogku.
  • Kalau nak kaya, buat bisnes..Hehe.. Sebab jadi doktor, memang kita tak kaya pun. Cukup makan lah. Tapi nak bermewah-mewah tak boleh. KECUALI ada klinik pakar sendiri atau mungkin hospital sendiri, mungkin adalah duit lebih.

 

8. Kenapa doktor sekarang macam tidak bekerja pun, Relax je?

  • Sebenarnya, kawan kak Aya pernah beritahu, setiap tahun lebih 5000 graduan doktor baru keluar sama ada dari Universiti tempatan mahupun luar negara. Jadi bila doktor makin ramai, kerja pun mungkin makin kurang berbanding sebelum ini. Tapi doktor perubatan masih sangat-sangat diperlukan di Sabah dan Sarawak. Please come to join us..

 

9. Adakah hospital perlukan doktor PHD sahaja?

  • Tidak, Doktor PHD (doktor pakar) pun masih kurang di Malaysia. Kalau semua jadi bos atau pakar, siapa pula bawahannya kan? Hehe.. Tapi mungkin pada masa akan datang , bila doktor tersangat ramai, mungkin kepakaran atau PHD itu sangat diperlukan.

 

10. Doktor Pakar apa yang paling terjamin dan diperlukan?

  • Kak Aya ingat lagi, senior pernah beritahu dekat akak, kalau nak masuk hospital swasta, pilih antara 3 kepakaran ini , sebab permintaan adalah tinggi:
    1. Pakar Sakit Puan – Setiap hari ada je orang bersalin
    2. Pakar Kanak-kanak – Biasanya ibu bapa suka bawa anak-anak ke klinik atau hospital swasta.
    3. Pakar Tulang – Statistik kemalangan tinggi di Malaysia

Ini kalau kerja dekat hospital swasta lah, tapi kalau hospital kerajaan, semuanya masih tinggi permintaan kepakaran. Adik pilih kepakaran yang adik minat ya.

Harap dapat menjawab soalan-soalan dari salah seorang adik yang berminat nak jadi doktor perubatan dan nak tahu tentang kerjaya doktor pelatih. Apa yang Kak Aya kongsikan adalah mengikut pengalaman dan pengetahuan akak. Mungkin apa yang akak alami berbeza daripada doktor yang lain.

Kalau ada rakan doktor yang terbaca artikel ini, mungkin boleh komen di bawah untuk membantu adik-adik yang ingin tahu tentang KERJAYA SEORANG DOKTOR PELATIH.

Harap dapat membantu ya..

Ini pula maklumat tentang Panduan Jawatan Separa Perubatan.

12 thoughts on “10 Soalan Tentang Kerjaya Doktor Pelatih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge