Siti Nurhaliza Berlakon Filem dengan Pelakon Indonesia?

Siti Nurhaliza Berlakon? Aku dapat info ini dari Bernama.

siti nurhaliza

Sebuah syarikat perfileman Indonesia telah menyatakan minat mereka dengan menawarkan diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem mereka yang bertajuk “Kekuatan Cinta” . Syarikat, PT Kentfilms Production, inginkan Siti Nurhaliza digandingkan bersama-sama dengan pelakon Indonesia popular , Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang untuk memulakan penggambaran tidak lama lagi dan dijadualkan untuk siaran di pawagam Indonesia pada tahun ini.

Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema juga akan akan dijemput untuk berlakon dalam filem yang turut menyenaraikan bintang Indonesia, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Iwan Sardi, yang akan mengarahkan filem tersebut, berharap agar Siti Nurhaliza akan muncul sebagai pelakon jemputan, dan berharap agar beliau menerima tawaran itu kerana Siti masih popular di Indonesia. Iwan berkata filem ini adalah hasil adaptasi novel popular yang ditulis oleh Sastri Y Bakri, yang menceritakan tentang kesetiaan seorang isteri kepada suaminya yang menderita penyakit yang akhirnya menyebabkan kematiannya. Keunikan filem adalah gambaran perasaan kasih sayang antara seorang lelaki Indonesia dan wanita Malaysia, di mana rakaman filem ini akan diadakan dibeberapa lokasi menarik di Malaysia.

Iwan dan pengarah utama PT Kentfilms Production itu, Rusmidah telah bermesyuarat dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya untuk meminta pandangan beliau mengenai kemungkinan bekerjasama dalam penghasilan filem.

-Agak-agak korang Siti Nurhaliza terima tak tawaran ini? mesti bayaran mahal ni kan? Apa komen korang?-

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

4 thoughts on “Siti Nurhaliza Berlakon Filem dengan Pelakon Indonesia?

  1. Pandai ke ct berlakon? Kikiki
    Aiman Aziz recently posted..Sticker cun ini untuk dijual ye.My Profile

  2. Betulkah ada film mcm ni… Best jugak ada pelakon lama yang ikut seperti Melisa Saila dan Raja Ema. Rasa-rasanya boleh kot siti belakon tu… 🙂

  3. boleh ke dato siti belakon?kita nantikan kemunculan nya.

  4. yg penting payment made by USD bukan rupiah…masyukkkk…
    sHiLaziZi recently posted..Papa…I Love U!!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge