Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012

sbpa-sistem-saraan-baru-perkhidmatan-awam

Nampaknya hujung tahun ni aku sangat sibuk , sampai 1 minggu baru dapat update blog. huhu.. yelah sekarang aku dah terlibat dalam pentadbiran selain dari aktiviti klinikal. So hari ini, aku nak kongsi kat korang tentang Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 yang akan diumumkan tak lama lagi. EO kat hospital aku dah mula gi kursus untuk faham tentang SBPA ni yang akan dilancarkan pada 1 Januari 2012. So aku tengah tunggu dia balik la ni supaya lebih faham tentang prinsip SBPA yang baru. Apa-apa pun, aku nak kongsi serba sedikit info tentang SBPA melalui grafik di bawah ini.

 

Apa yang aku faham dalam SBPA , tiada lagi gred 17, 27, 41 atau mana-mana gred yang ada dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum ini. Dalam sistem saraan baru ini, gred akan menjadi seperti gred 1-1, 1-2, 1-3 dan seterusnya.  Contohnya, U41 akan jadi U1-1, DG41 akan jadi DG1-1 dan kenaikan gaji tahunan setiap tahun adalah sama bagi setiap gred 41 di semua kementerian iaitu RM225. Cikgu ke.. Doktor ke.. Jurutera ke..  kenaikan gaji tahunan adalah sama setiap gred.

Selain itu, opsyen umur bersara adalah pada usia 60 tahun bagi sapa-sapa yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012. Kita masih berpeluang memilih opsyen ini ataupun kekal dengan opsyen yang lama.

Ok, itu dulu info yang aku berikan ye.. Kalo ada info baru, nanti aku update lagi.. Apa pendapat korang dengan sistem saraan baru ini?

5 thoughts on “Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012

  1. Nampaknya semakin kena kerja kuatlah awak ni…sebab gaji dah makin naik…. kalau ye pun sibuk….updatelah blog ni….ramai dok tunggu artikel baru ni…. 🙂

  2. Alhamdulillah… tp, mslh nye, ade je peniaga2 yang suka2 naikkan harga barang,mmg mslh la pada yg bekerja swasta ni… harap k’jaan pantau hal ni spya adil bg semua pihak…
    wallahualam… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge