Pilih Opsyen SSM atau SBPA ? Cepat Sebelum Terlambat!

Hari ini, aku baru je habis taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ) di Hospital. Memang banyak kelebihan dan kenaikan gaji yang diberikan. Anjakan gaji tahunan pun meningkat, elaun wilayah dan elaun kritikal juga akan meningkat mengikut gaji pokok. Malah boleh lagi bekerja sampai 60 tahun.. kalau laratlah..hehehe..

sbpa-sistem-saraan-baru-perkhidmatan-awam

Apa-apa pun korang kena cepat buat keputusan, nak Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)? Masing-masing ada kelebihan. Kalau sapa-sapa nak kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi, lebih baik pilih SBPA.

Di peringkat Hospital, kami hanya diberi masa 3 hari sahaja sebabnya borang ini kena diproses lagi di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan lepas tu ke Kementerian Kesihatan Malaysia dan lepas tu baru lah sampai ke bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jadi lagi cepat kita isi opsyen ini, lagi bagus..

Banyak borang yang kena kita tandatangan kalau nak pilih opsyen SBPA ini, dan kita kena cepat iaitu dari 16hb Disember 2011 sampai 30 Disember 2011. SBPA ini bermula 1 Jan 2012.  Maklumat pekeliling SBPA ini boleh baca di laman web JPA : www.jpa.gov.my

Korang pilih ospyen yang mana satu dan kenapa? jom kongsi…

13 thoughts on “Pilih Opsyen SSM atau SBPA ? Cepat Sebelum Terlambat!

  1. Sepanjang tmpoh ssm menggantikn ssb; ada banyak pluang utk tukar skim dlm tempoh tu.. berkali2 option diberi. Ada baik kekal dgn ssm dan biarkn dulu org lain tukar skim. Sy yakin, dlm tmpoh 10 tahun akan dtg; mesti pluang tukar skim dibuka lg.. jadi, baik/buruk, biarkan dan perhatikan je..

  2. Cuepacs suruh penjawat awam hold dlu… Jgn sign sebab ada opsyen yg kurang jelas… Lg 1 sal prospek tuh, penilaian dibuat oleh pihak atasan. Lepas nih lg ramai la yg nak rasuah bos2 tuk dpt mrkh tinggi… Ari ahad nih cuepacs wat perhimpunan di dewan cidb… Kita tgk cam ner…
    fortd09 recently posted..Penjawat Awam :. Bantahan SBPAMy Profile

  3. kenaikan gaji sbpa berdasarkan prestasi..aku percaya penilaian ni takkan dilakukan dgn adil..sape yg pandai bodek bos tu dialah yg yg akan diberi markah tinggi walaupun keje cam sial…

  4. aduh..kt cni dorg akan edarkan borang opsyen tu 21-22 Dis..on d spot kena sign ok..

    lgpn masih blur lg psl SBPA ni..huhuhu…

    xtau nk pilih yg mana..help me pls!

  5. CUEPACS kata hold dulu. Esok ada pengumuman dari CUEPACS.

    Bagi saya pro dia kenaikan tahunan sedikit tinggi dari SSM dan ada sedikit kenaikan gaji setelah sign SBPA. Tapi kontra dia, skim gaji ni hanya khas buat kumpulan pengurusan tertinggi, yang bawah2 dapat sikit sangat. Terlampau banyak kenaikannya. KSN 50,000? Menteri berapa agaknya?

    Lepas tu, kenapa nak disorokkan Lampiran C ( sifir gaji SBPA) tu? Pelik… bagi saya nak suruh sign tanpa ada kejelasan seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Tak telus?

    Setakat ni saya stay dengan SSM. Lebih adil.

    p/s: kawan-kawan dah panggil SBPA ni sebagai Skim Bodek Pastu Ampu. Fikir sendirilah.
    mindaict recently posted..Top 5 Linux Distributions for Last 3 YearsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge