Shopping Barang Make-Up

Hari ini, aku bercuti, jadi aku pun pergilah membazirkan duit dengan membeli barangan make-up. 🙂

Aku pergi ke kedai Watson, aku pun memilih peralatan untuk make-up..Bila nak bayar barang tu kat kaunter pembayaran, Jurujual tu pun dengan ramah bertanya kat aku,  (loghat Sabah)

” Akak ni kerja make-up orang ka? Bagus ni..”

Aku pun tersenyum dan menjawab.

” Ndakdalah adik, akak kerja di hospital. Akak baru mahu belajar make-up , lagipun akak minat “

Ndakda = tiada atau tidak ada

Jurujual tu pun tersenyum,

” Oh ya ka?” kelihatan sedikit terkejut dengan barang yang aku beli.

Dalam hati aku, wah hari ini aku seperti juru make up profesional..hehe..Doktor make up..weeee. Dahlah tadi, aku pergi shopping dengan make-up ala-ala black smokey eyes di tengahari yang panas terik.haha.. tak sesuai..

Actually, aku rasa dia fikir aku ini jurusolek sebab aku beli bulu mata palsu, lipstick, foundation cream, cosmetic applicator, dan make-up wedge ( span bedak dan foundation) dalam kuantiti yang banyak.  Sebab tu mungkin dia fikir aku ni jurusolek..haha..

Lihat gambar di bawah ini, sebahagian barang make-up yang aku beli.

make-up-span-bedak

P/s: Lepas ni, boleh la aku ber make-up sampai bosan…hahaha

7 thoughts on “Shopping Barang Make-Up

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge