10 Senarai Contest SEO Malaysia 2015

Ada sesiapa yang nak cari atau menganjurkan Contest SEO Malaysia 2015?

Aya buat artikel khas untuk senarai contest SEO Malaysia pada tahun 2015. Jika sesiapa ada menganjurkan pertandingan SEO, boleh letakkan di ruang komen di bawah. Pertandingan SEO sahaja ye.. In Sha Allah, Aya akan tambah dalam artikel Senarai Contest SEO Malaysia 2015 ini.

 Senarai Contest SEO Malaysia 2015

Apa Keunikan & Kelebihan Pertandingan SEO kepada peserta (SEO Contest)?

Biasanya SEO Contest disertai oleh blogger-blogger dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Banyak kelebihan Contest SEO kepada pesertanya.

5 Kelebihan Contest SEO blog kepada blogger adalah:

  • Memberi peluang kepada semua peserta mencuba nasib dan menguji tahap kemahiran dan ilmu SEO masing-masing. Sebenarnya, pertandingan SEO di kalangan blogger akan menggalakkan lagi kita belajar teknik-teknik SEO sama ada whitehat SEO atau blackhat SEO.
  • Biasanya Contest SEO mengambil masa yang lama. Kebiasaannya, tempoh pertandingan tersebut yang biasa dianjurkan adalah selama 3 bulan. Oleh itu, peserta dapat mengatur strategi SEO untuk berada pada page pertama enjin carian Google. Kebanyakan, pemenang akan ditentukan melalui Google.com.my.
  • Contest SEO membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta dan juga bloggers yang lain. Kenapa Aya katakan macam tu? Sebabnya, blogger akan lebih rajin blogwalking dan memberi komen di blog rakan yang lain, terutamanya blog-blog yang membenarkan Do Follow Backlink di ruangan komen,Betul tak?
  • Biasanya Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan. Hadiah yang digemari adalah berbentuk WANG TUNAI antara 3 – 4 angka. Jadi memang akan menarik ramai peserta untuk menyertainya. Contohnya pertandingan SEO Malaysia Best Blog 2015 menawarkan hadiah utama berjumlah RM1500.
  • Penjenamaan dan Publisiti kepada pemenang. Biasanya juga, peserta akan dihadiahkan backlink walaupun bukan pemenang utama. Menjadi juara pertandingan SEO merupakan salah satu cara mengiklankan jenama blog kita.

 

Apa Keuntungan & Kelebihan Pertandingan SEO kepada Penganjur?

Walaupun penganjur perlu mengeluarkan MODAL yang besar, tetapi ia adalah memberi keuntungan kesan jangka panjang buat penganjur.

4 Kelebihan Contest SEO kepada Penganjur adalah:

  • Penjenamaan blog penganjur. Salah satu sebab penganjur mengadakan Contest SEO adalah membina dan memperkenalkan jenama blog atau website penganjur. Salah satu cara mengiklankan jenama secara viral melalui blogging tetapi menggunakan modal yang rendah adalah melalui pertandingan SEO.
  • Mendapatkan trafik yang tinggi dan berkualiti daripada peserta. Sudah pasti, apabila kita menyertai Contest SEO, kita perlu menyatakan dan meletakkan link blog atau website penganjur. Betul tak? secara tidak langsung, ia akan menggalakkan pembaca dari blog peserta untuk melawat blog penganjur tersebut. Salah satu cara meningkatkan trafik blog juga.
  • Artikel blog penganjur mudah tersenarai di laman page pertama Google.
  • Membina backlinks yang berkualiti untuk tujuan SEO buat penganjur.

[quote]Apa itu Backlinks? Secara ringkas, backlinks adalah link blog atau website kita diterima di mana-mana laman yang lain.[/quote]

[box icon=”info”]Backlinks boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  • Internal Link : Link-link blog atau artikel kita berada dalam blog domain yang sama. Contohnya BloggerWanita.com mempunyai artikel 1 dan artikel 2. Link artikel 1 diletakkan dalam artikel 2, ini kita panggil sebagai Internal Links kerana link masih berada di blog Bloggerwanita.com. Contoh yang jelas, link artikel yang lepas iaitu Malaysia Best Blog 2015, berada dalam artikel ini.
  • External Link : Link-link blog atau artikel yang diterima masuk dari blog atau site luar. Maksudnya nama blog yang berlainan.[/box]

Backlink adalah salah satu faktor yang diambil kira dalam proses Search Engine Optimization dan ianya penting. Setiap enjin carian mempunyai formula yang berbeza untuk menilai backlink. Contohnya mungkin cara enjin carian Google dan enjin carian Yahoo adalah berbeza dalam menentukan backlink untuk sesebuah blog atau laman web.

Pertandingan SEO @ SEO Contest adalah WIN-WIN SITUATION untuk penganjur dan blogger.

10 Senarai Contest SEO Malaysia 2015

1. Malaysia Best Blog 2015 – Jumlah Hadiah UTAMA, RM1500
2. Contest Review Lynk.my 2015 – Jumlah Hadiah Terkumpul, RM4000
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jika ada rakan blogger yang menganjurkan pertandingan SEO untuk blogger Malaysia, boleh komen dan letak link di ruangan komen di bawah. In Sha Allah, Aya akan sertai jika bersesuaian..

[box icon=”info”]Tips

  • Contest SEO adalah cara meningkatkan trafik blog secara viral
  • Tawarkan hadiah yang lumayan jika nak ramai peserta yang join. Ramai blogger lebih gemar hadiah wang tunai.
  • Sapa-sapa nak duit percuma, patut join pertandingan. In Sha Allah, ramai blogger otai buat duit dengan contest seo.[/box]

Bagaimana, ada Contest SEO lagi yang Aya tak tahu? Jom komen di bawah.

7 thoughts on “10 Senarai Contest SEO Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge