Selepas 14 tahun..Akhirnya Aku Jumpa Cikgu Aku..

Assalamualaikum semua. Salam Blogger dan Salam 1 Malaysia

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Hari ni adalah 16 Mei 2010.

16 Mei adalah Hari Guru.

Sempena hari guru ni, aku nak kongsi satu cerita tentang cikgu sekolah rendah aku. Kalau korang tak nak dengar cerita ni..takpa..tapi aku nak cerita juga. hehe

Ini tentang salah seorang cikgu sekolah rendah aku iaitu cikgu Hamshah . Dia pernah ajar aku subjek Bahasa Malaysia masa aku kecik-kecik dulu..ala masa zaman berhingus..lap hingus pun masa tu kat lengan baju je.hehe..

Kenapa penting sangat aku nak cerita ni?

Bukannya apa, sebenarnya aku dah lama cari cikgu aku ni. Hampir 14 tahun dah aku mencari. Aku tak tau lah napa aku selalu ingat salah seorang cikgu aku ni, tapi aku rasa he’s a great teacher. Baik orangnya, berdedikasi dan buatkan kami bersemangat untuk belajar betul-betul. Dia salah seorang guru yang ajar aku sampai aku boleh dapat 4A masa UPSR. Alhamdulillah sekarang aku dah jadi doktor.

Bagaimana aku dapat jumpa cikgu aku ni?

Jeng..jeng..jeng..Facebook lah yang menemukan kami, walaupun tak bersua lagi namun cukup sekadar mesej pun. aku dah sangat hepi. Sebab cikgu aku ni, asal semenanjung, dia mengajar kat SK Kinabutan Tawau Sabah masa aku masih sekolah rendah. Lepas tu dia pindah semula ke Semenanjung .

15 Mac yang lalu, aku dapat kontek cikgu aku ni. Masa tu, aku tengah layan facebook, tiba-tiba teringat cikgu aku ni, terus cuba taip nama dia kat ruangan Search facebook. Alhamdullillah dapat jumpa juga. Tak sangka juga cikgu aku ni aktif Facebook gak.hehe

Apa-apa pun, hari ni, aku dapat wish kat dia, Selamat Hari Guru. Ucapan Terima Kasih ku sampai kepadanya. Semoga tuhan sentiasa memberkatinya. Ceewah, macam bersajak plak. 🙂

Hargai guru kita yang pernah mengajar kita walaupun sekecil manik. 🙂

Di kesempatan ni, Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru aku dari sekolah tadika sehinggalah ke universiti. Jasa mu tetapku kenang sehingga ke akhir hayat. Sedikit tips untuk pembaca BloggerWanita.com.

Tips: Cara Mencari Guru Yang Hilang:

  1. Ikut macam aku. Cari kat Facebook ataupun Friendster. Tapi pastikan korang ingat nama penuh cikgu korang.
  2. Tanya ex-classmate korang. Mana lah tau, diorang tau. Kot-kot ada antara kengkawan korang tu jadi isteri atau suami bekas guru korang. maanalah tau. 🙂
  3. Kalo nak advance.. pergilah tanya kat jabatan kementerian pendidikan ( HR department) . Gerenti 100% dapat jumpa punya.hehe
  4. Kalo nak lagi havoc . Iklankan kat media. Kat TV3 jejak kasih ke, Radio Era ke, Hot FM ke ataupun kat surat khabar. Letak  lah tajuk Mencari Guru Yang Hilang. Mana lah tau jumpa kan. Sure Meletup

P/S: Harap-harap tips kat atas ni berguna lah ye. Tapi kalo korang ada yang nak berkongsi tips yang lagi bagus selain yang aku suggest tadi, sangat-sangat dialu-alukan. Just suggest kat ruangan komen di bawah. Ok

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

5 thoughts on “Selepas 14 tahun..Akhirnya Aku Jumpa Cikgu Aku..

  1. dalam fb mmg boleh cari..tapi jumpa face to face tumemang susah lah..huhu

  2. kak!!!
    nk tnye sal course nie,,tp xtaw nk post kt mne..hehe
    so..post jew la kt cnie,,soe yup

  3. saya x susah nak cari cikgu2 lama sbb mostly dah ada fb skg ni. cikgu2 dah maju. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge