Sel Darah Merah Terlalu Rendah! Derita Thalassaemia

Hari ini, aku rasa begitu simpati dengan salah seorang staff aku sebab anak dia dimasukkan ke wad disebabkan oleh Thalassaemia intermediate beserta dengan symptomatic Anaemia.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Apa itu Anaemia? maksudnya kekurangan sel darah merah. Apa pula Thalassaemia? Maksudnya,kekurangan protein yang membentuk sel darah merah dan seterusnya menyebabkan Anaemia. Ini adalah penyakit yang diwarisi.

Kesian gak aku tengok, yelah, anak perempuan dia baru berusia 3 tahun, dengan protein sel darah merah atau Haemoglobin yang sangat rendah iaitu 1.8 g/dL. Kalau normal biasanya 10 – 12 macam tu. Bayangkan kulit dia putih macam kapas dah.. Nasib baik dibawa cepat ke hospital. Kalau tak mesti lebih pucat dan paling bahaya boleh bawa maut.

Dua orang anaknya adalah Thalassaemia intermediate. Ini bermaksud staff aku ini iaitu seorang jururawat , adalah pembawa Thalassaemia dan begitu juga dengan suaminya. Malangnya staff aku tak tahu yang dia ada penyakit ini. Menyesal pun tak berguna. Sebab tu, sebelum kita berkahwin, kita perlu screen atau check status thalassaemia kita. Kalau tak anak kita akan dapat penyakit Thalassaemia ini. Kesian. Biasanya umur paling panjang yang pernah aku jumpa budak Thalassaemia adalah berusia 29 tahun.

Budak Thalassaemia ini biasanya:

  • Setiap minggu atau bulan, darah dia sangat rendah dan perlu ditambah darah. Setiap bulan  akan jumpa doktor untuk pemeriksaan dan setiap bulan juga akan dimasukkan ke wad untuk penambahan darah.
  • Hati dan limfa dia akan bengkak
  • Dan paling teruk jantung dia akan bengkak dan akhirnya kegagalan fungsi jantung.
  • dan banyak lagi masalahnya. Korang boleh baca Talasemia Wikipedia atau Thalassaemia eMedicine .

Sangat kasihan bagi ibubapa yang mempunyai anak penyakit Thallassaemia. Kos perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Photo pesakit Thalasaemia yang biasa kita lihat. Photo credit to Medicine for mrcp.

thalassaemia-clinical-features

thalassaemia-findings

Jadi kesimpulannya, sebelum kita berkahwin, pastikan kita periksa untuk Thalassaemia kedua-dua pasangan pengantin ye! Buat Thalassaemia screening di hospital atau klinik-klinik swasta pun boleh. Cegah lebih baik dari merawati…

Apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

5 thoughts on “Sel Darah Merah Terlalu Rendah! Derita Thalassaemia

  1. rasanya kenal budak ni… keje kat KFC
    alziyadnews recently posted..Khairul Fahmi Penjaga GolMy Profile

  2. betul ka,ndak bole pasangan ada peyakit ni…

  3. lebih kurang macam leukimia jugak la ek kena tambah darah, sebab pesakit leukimia pun kena masuk darah jugak.
    eiela recently posted..Inti Kelapa Yang PiorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge