Sedih! Seorang Lagi Meninggal Dunia

Semalam, aku kerja lebih masa ( oncall ), sedih lah bila setiap kali pesakitku meninggal dunia. Walaupun arwah  dah berumur 85 tahun, tapi tetap ada rasa sedih sebab arwah adalah pesakitku yang selalu masuk ke wad untuk penambahan darah.

kanser perut

Photo credit to: Perfecthealthinfo.com

Beliau selalu menerima penambahan darah sebabnya dia mengidap kanser perut, jadi selalu berlaku pendarahan dari perutnya. Beliau selalu muntah darah dan keluar najis berwarna hitam yang mengandungi darah. Memang kansernya tak dapat nak dirawat lagi sebab dah merebak ke organ yang lain. So, arwah hanya menerima palliative care.

Dalam pukul 12 tengahari, arwah muntah darah dalam jumlah yang sangat banyak, lebih kurang 1 Liter. Nampak pucat, tekanan rendah, jantung berdegup dengan kencang. Darah dan Air ditambah, tapi masih tidak mampu nak mengatasi darah yang hilang. Lebih kurang kul 3 pm, pesakitku meninggal dunia di unit kecemasan setelah rawatan kecemasan diberikan masih tidak mampu memulihkan arwah ke tahap yang stabil.

Keadaan arwah diterangkan kepada keluarganya, Alhamdulillah, mereka terima seadanya walaupun sangat sedih. Apa-apa pun yang terjadi terhadap pesakit kita, Do our best to treat them. Sebab kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukan segalanya.

13 thoughts on “Sedih! Seorang Lagi Meninggal Dunia

    1. Betul tu Zairi..walaupun Aya dah banyak kali temui pesakit yang tidak panjang usianya, tapi Aya tetap akan sedih .. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge