Sebab Kaki Lipas, Bayar Ganti Rugi RM55000

PUTRAJAYA 16 Mac – Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. hari ini gagal di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM55,000 kepada seorang pensyarah kolej swasta berhubung insiden penemuan kaki lipas dalam sepinggan spaghetti bolognese yang dimakannya.

Hakim Syafeera Mohd. Said memerintahkan Pizza Hut membayar ganti rugi am RM5,000 dan ganti rugi teladan RM50,000 serta kos selepas berpuas hati bahawa Goh Sze Ching, 30, berjaya membuktikan kesnya bahawa restoran syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Penemuan `objek’ berupa kaki lipas dalam pinggan spageti itu menyebabkannya muntah di atas meja dan segera melaporkannya kepada pengurus restoran berkenaan.

Pihak restoran bagaimanapun menyatakan, ia bukan kaki lipas sebaliknya adalah bawang goreng. – UTUSAN

Gambar Lipas

P/S: Kerana kaki Lipas, Dapat RM55000.Wow!!  So far aku pernah terjumpa bulu dan rambut, tapi aku tak komplenlah, aku just bagitau pihak restoran secara baik dan mereka memohon maaf. Malas nak kecoh-kecoh. Mana-mana restauran pun, mungkin akan berlaku macam ni. Cuma harap supaya mereka lebih berhati-hati dalam mengendalikan makanan. Betul tak?

11 thoughts on “Sebab Kaki Lipas, Bayar Ganti Rugi RM55000

  1. wow..sambil makan dapat duit durian runtuh…para penyedia makan, sila ambil perhatian..peace!

  2. kaki lipas? waa .. terfikir pasal lipas dalam makanan pasti selera hilang .. hilang begitu saja.
    iAwani recently posted..Samsung Guna Chip Exynos Quad Core Untuk Smartphone Galaxy S3My Profile

  3. memang gila lah, kalau saya jumpa memang takkan pergi dah makan kat sana.
    eiela recently posted..Mamak Kejam Perkosa Budak OKUMy Profile

  4. wow…durian runtuh ni….tapi kita sebagai pengguna, kena berhati-hati
    ainun recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk BloggerMy Profile

  5. wooo…byk kot dpt duit sbb lipas je..
    farhana recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk BloggerMy Profile

  6. patut berjaga-jaga kalau makan di luar, bukan apa, takut keracunan makanan je.
    kimmie recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk BloggerMy Profile

  7. harga sebelah kaki lipas…55K..perghh..
    chii recently posted..Jadual Waktu HarianMy Profile

  8. untung kalau dapat RM55k tu…hanya kerana kaki lipas

  9. Mahal juga kaki lipas sehingga berharga RM55k. Nasib baik ganti rugi tidak dikira setiap kaki yang ada pada lipas.
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  10. bukannya apa, sesetengah orang ni suka cari pasal, benda macam ni settle baik baik dulu, bawa bincang..kalau tuan punya kedai masih tak dengar cakap, baru ambil tindakan..tp ni kalau bab2 makanan yang dah tercemar, elok sangat pi saman terus :)

  11. kena lebih berhati-hati. aku pernah jumpa kaki lipan dalam sambal nasi lemak. nasib aku tak bising..patutlah ramai orang datang makan nasi lemak. rupa-rupanya letak kaki lipannn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge