Romantiknya Lisdawati & Fauzi Nawawi

Baru je selesai tengok rancangan Romantika di Astro Ria, aku rasa seronok tengok pasangan bahagia Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Mereka memiliki keluarga  yang bahagia. Tak sangka anak mereka semuanya dah besar-besar. Fauzi Nawawi adalah seorang ayah semasa berkahwin dengan Lisdawati dan mempunyai 4 orang anak dengan bekas isteri pertamanya. Hasil perkahwinan antara Lisdawati Naruddin dan Fauzi Nawawi, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata.

Gambar Lisdawati dan Fauzi Nawawi bersama anak-anak

Kedua-dua mereka adalah pelakon yang hebat di Malaysia. Mereka juga pernah menjadi menjadi juara untuk program Sehati berdansa.

Kedua-dua pasangan ini masih kelihatan romantik walaupun telah lama berkahwin dan dilanda pelbagai gosip dan kontroversi dalam hubungan mereka. Kalau tak silap, mereka berkahwin pada  tahun 2007

Seperti yang mereka kata, suami isteri kena tahu tanggungjawab masing-masing dan  apa-apa masalah, perlu ada perbincangan. Kalau tengah marah, lebih baik berdiam diri terlebih dahulu. Itu salah satu cara untuk memastikan keluarga sentiasa bahagia.

 

– Semoga rumahtangga mereka terus berbahagia hingga ke anak cucu-

16 thoughts on “Romantiknya Lisdawati & Fauzi Nawawi

  1. diorang memang pasangan yang bagus dan matang lah pada saya bukan mcm rita tu tak boleh tolak ansur sebab tu rumahtangga bergoyang

  2. Ada junior saya cerita.. Anak diorang belajar dekat sekolah agama mana ntah saya x ingat.. Mungkin yg ni anak fauzi in his previous marriage.. Tp budak tu dengar kata 9A pmr.. Fuyooh.. Even pelakon diorang x abaikan didikan agama 🙂
    Mr Doctor recently posted..FREEBIES : DOODLE COMELMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge