Rezeki Locum RM1120

Alhamdulillah, hari ini aku gembira dan bersyukur sebab dapat rezeki dari-Nya. Sebenarnya aku ada buat part time di klinik swasta selama 4 hari, milik salah seorang sahabat lama. Beliau memerlukan bantuan seorang doktor untuk menjaga kliniknya sepanjang beliau pergi bercuti selama seminggu. Biasanya kita panggil sebagai Locum Doctor atau Doktor Locum.

Apa itu locum doctor? Perkataan yang biasanya digunakan di kalangan staf kesihatan sebagai kerja sambilan atau part time yang dilakukan oleh doktor di klinik tertentu.

Berapa bayaran doktor buat locum di klinik swasta?

Pada masa sekarang, biasanya part-time locum ini, doktor akan dibayar sebanyak RM40 sejam. Aku buat locum selama 7 jam sehari. Jadi kalau 4 hari, dapatlah buat locum sebanyak 28 jam. so dapatlah bayaran RM1120. Berbeza kalau di klinik kerajaan, doktor locum akan dibayar lebih mahal ,sebanyak RM80 sejam kerana pesakit yang begitu ramai.

Gambar Duit Ringgit Malaysia
Gambar Hiasan

Apa yang doktor perlu lakukan semasa buat locum di klinik swasta?
Sama macam di klinik kerajaan, kita perlu melayan dan merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Apa perbezaannya klinik kerajaan dan klinik swasta?
Semestinya, beza dari segi bayaran dan perkhidmatan. Kalau di Klinik swasta, bayaran lebih tinggi kerana harga ubat yang mahal tapi kalau di klinik hospital, kita hanya perlu membayar RM1 sahaja kerana harga ubat ini dibayar melalui subsidi kerajaan.
Betapa bertuahnya kita rakyat Malaysia kan? Jadi marilah sama-sama kita mengundi nanti ye.. Hehehe

Biasanya bayaran untuk konsultasi dengan dengan doktor di klinik swasta tidak mahal, hanya dalam RM5 hingga Rm20 je. Apa yang mahal dibayar adalah disebabkan harga ubat yang diberikan iaitu anggaran dalam RM10 hingga Rm30 setiap satu jenis ubat. Kelebihan di klinik swasta, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi yang lebih lama kerana pesakit yang tidak ramai. Mudah untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan dari doktor. Dan paling penting, tidak perlu menunggu lebih lama.

Kawan lamaku ada bertanya , “Ko tak nak buka klinik sendiri ke?, Banyak lagi kawasan kat sini yang takda klinik swasta?”

Aku menjawab, ” Buat masa ini, takda niat lagi nak buka klinik sendiri, sebab aku masih nak belajar dan cari pengalaman yang banyak. InsyaAllah, kalau ada rezeki, satu masa, teringin gak nak ada klinik sendiri”

Sebenarnya, cita-citaku adalah nak buka sebuah klinik pakar terutamanya berkaitan masalah wanita dan kulit tapi apa pun aku kena sambung master dulu, baru boleh jadi doktor pakar. Mampukah aku? Emmmmm…. Mudah-mudahan, cita-cita ini boleh tercapai. Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

P/s: Kebanyakan pesakit wanita lebih selesa bertemu dengan doktor perempuan berbanding doktor lelaki bagi menyelesaikan masalah wanita mereka. Betul tak?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

22 thoughts on “Rezeki Locum RM1120

  1. kalau nak bukak klinik, boleh lah hubungi sy jika berminat.

    pihak kami berpengalaman dlm hal2 setup klinik ni. pakej dr a to z.
    renovate klinik, running job for kkm, medical equipment.

    clinic software free*
    plan designing n our consultation free! ^_^

    ms aiza 019 952 0049

  2. Wahhh seronoknya ada ilmu dalam bab kedoktoran ni yer..hehe
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  3. Menarik locum di Malaysia… Tp just nak share yang di australia, gaji GP locum satu hari lebih kurang AUD1000 = RM3000. Kalu pakar satu hari AUD2000. Kerja 8-5pm tp patient tk ramai. Sebab tu sini orang jdi doktor kaya raya 😀

    • wah, banyak tu.. tapi mesti kos hidup tinggi gak kan kat sana, Siti?
      Aya recently posted..Shopping Voucher Malaysia RM1000 untuk DimenangiMy Profile

      • Kos hidup bergantung pada cara penggunaan wang dan tempat tinggal. Barang keperluan harian, makanan mentah elektronik murah la jugak. Tapi makanan siap satu pinggan sekurang kurangnya 20 dollar sebab tenaga manusia mahal sini. Selain itu kalau di bandar metro seperti melbourne sangatlah mahal untuk membeli rumah banglo beserta kawasan yang besar berbanding jika di bandar besar seperti newcastle. Hartanah dan rumah di sini walaubagaimanpun secara purata sangat mahal berbanding di Malaysia. Rumah buruk pon dijual dengan harga 250-300 000. Kalau middle class mungkin beli rumah setengah juta.. Kereta mewah murah sikit daripada malaysia. mana-maam negara ada lebih dan kurang, ye tak? kereta memang murah tapi roadtax keta biasa setahun dekat 700. lepas setiap tahun juga kena wat “medical check up” dan ada sijil baru boleh renew road tax. Sekali check mekanik bayar dalam 140 dollar tak campur betulkan lagi. senang cakap kalu keta masuk bengkel boleh jadi ribuan kadang rasa x berbaloi. minyak pula harga tak tetap macam malaysia. setiap hari fluctuate. sekarang ni dari 1.54 ke 1.68 dollar perlitre. Income tax over 60 000 annually kena bayar 40% tax. Kalau jadi intern pun income da 60 k setahun tapi kena terus bayar 40% tax hahah. jadi patutnya orang malaysia jangan nak komplen sangat pasal tax ni. Macam manapun pendapatan doktor senior dan pakar kat sini kira well above average australians. Satu lagi, sini susah nak jumpa chronic MO. saya pernah jumpa 2-3 orang di hospital pedalam sebab hampir semua mahu menjadi pakar. Tempoh nak jadi pakar dari fresh grad paling cepat amik masa dalam 8-10 tahun. jadi tak hairan ramailah registrars n pakar kat sini. Maaflah terpanjang pula komen 🙂

  4. mahal juga yer

  5. Mahalnyee bil kat ctu docte

  6. […] if (tg) {tg.appendChild(s);} })(); Hari ini, aku bekerja sambilan atau locum di salah sebuah klinik swasta berdekatan dengan tempat tinggalku. Aku faham, kebanyakan pesakit […]

  7. salam..
    URGENT !! saya mencari permanent doctor untuk berkhidmat di Klinik Rosli di Rembau, Negeri Sembilan…

    dalam masa yg sama kami offer utk beli sebahagian share dlm company utk jadi share partner kami dan jadikan business kami business anda juga…

    mana2 doctor yang berminat boleh hubungi saya dgn segera dan kita set up meeting utk further discussion dan utk melawat klinik..seriously klinik memang cantik…

    hubungi saya:
    hafizul-0123074782
    (Managing Director)

  8. Moga Allah kabulkan cita2 dan mudahkn ia buat Dr. Aya
    JomJalan recently posted..11 Koleksi Hidangan Paling Pelik Dan Jijik Dari Seluruh DuniaMy Profile

  9. sistem yang cukup bagus, semoga di beri kemudahan dalam cita-cita menuju kebaikan yang di ridhoi
    Islam recently posted..Makna Arti Cinta dan Beberapa Pembagian Cinta serta Hukumnya dalam IslamMy Profile

  10. salam aya 🙂

    rakyat malaysia mmg bertuah sbb harga ubat yg disubsidi kerajaan berbillion ringgit menyebabkan harganya lebih murah dari harga asal…

    bila beli ubat kat klinik swasta baru tau mahal..klu x ambik ubat kat klinik kerajaan ada yg x tahu hargai ubat2 tersebut…

    semoga cita2 aya termakbul.. 🙂
    Ayie Abas recently posted..Kenangan Zaman Persekolahan DakuMy Profile

  11. lazaac mampu berangan jer nak jadi doktor sakit puan.. haha!
    Lazaac recently posted..iATKOS Mountain Lion 10.8.2My Profile

  12. Bagusnya.. peluang memang baik kalau nak buka klinik pakar tu.. semoga berjaya kalau nak buka.. hehe..
    Aretikz recently posted..Imam Bujang LapokMy Profile

  13. doktor pakar perempuan kurang sangatlah rasanya, moga succes dan jangan lupa inform kekawan…heee
    Denaihati recently posted..ALLAH #SaveJejaiMy Profile

  14. sesekali memang suka ke klinik swasta sebab layanannya… tetapi sesekali juga layanan di klinik swasta atau kerajaan … macam sama saja..
    yangbaik recently posted..Segmen Free Header + Review Blog by NFHMy Profile

  15. Rezeki didalam kandungan. Pelan hendak menjadi pakar kulit. Kebetulan ada saya ada masalah kulit yang dikatakan kerana gen. Kulit beliau cepat mengelupas secara abnormal.
    akubiomed recently posted..Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

    • Samalah Akubiomed.. Sbnrnya aya pun ada masalah kulit yang disebabkan genetik.. sbb tu nak jadi doktor pakar dengan harapan mampu mencari penyelesaian bagi masalah ni.. 🙂
      Aya recently posted..Anugerah Blogger Popular 2013My Profile

      • Maksud saya adik lelaki mengalami masalah kulit akibat genetik. Menurut doktor pakar belum ada penawar lagi selain berpantang makanan tertentu terutama kacang. Penyakit yang dihadapi beliau tidak berjangkit cuma kelihatan kulit mudah mengupas dan merekah menyebab kesakitan amat sangat.

  16. sila jadi doktor pakar. nanti senang saya nak pergi klinik. hehe..
    titan recently posted..Awek Pantai Morib.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge