Red Mummy Mewah sebagai Blogger Wanita

” Pendapatannya kini melebihi RM10,000 sebulan hasil menulis blog ”

Wow, bestnya.. Semalam aku blog walking kat blog Oh Malaysia dan terbaca satu topik yang menarik , bagaimana seorang ibu kepada 2 orang anak jadi mewah dengan menulis blog. Lebih RM 10 ribu ? Dengan blog ? Macam tak percaya je, tapi percayalah , dah keluar pun kisah kejayaan seorang blogger wanita ni dalam Harian Metro bertarikh 13 April 2010 yang lepas.

 

 

Mira Abu Bakar, 35 tahun, dikenali sebagai Red Mummy atau Kak Red adalah bekas peserta akhir rancangan Fear Factor Malaysia 2005. Red Mummy bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan dia juga adalah seorang blogger wanita yang berjaya menjana pendapatan melalui blog peribadinya.

Mira Abu Bakar bersama Redmummy.com

Blognya Redmummy.com telah menjadi blog peribadi paling popular dan pengunjungnya telah mencecah 4 juta orang.   Blog Red Mummy menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

Redmummy bersama 2 orang anak kesayangannya

Pendapatan pertama Redmummy daripada Nuffnang berjumlah RM90, diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan. Redmummy turut dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit. Beliau memperoleh RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Redmummy Blogspot sejak tahun 2005 hingga 2008

Redmummy.com telah dianugerahkan Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang disebabkan kemeriahan dan kepelbagaian corak penulisannya dan menang Blog Idol pada tahun 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Redmummy berubah ke Blog Dot com sendiri sejak 2008

Panduan dari Redmummy menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Kredit : myMetro dan OhMalaysia

Seronoknya kalau blog kita boleh jadi macam RedMummy.com. Betul tak?

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

48 thoughts on “Red Mummy Mewah sebagai Blogger Wanita

  1. memang seronok dapat income macam ni

  2. Bestnyer dengar pasl kejayaan org..
    shuhaida recently posted..Aku x puas hati ngan KLMU!My Profile

  3. besnya redmummy
    cikgusyahir recently posted..SIMPLYSITI TIADA DNA BABIMy Profile

  4. besnya red mummy. dapat beriban-riban dari blog
    cikgusyahir recently posted..SIMPLYSITI TIADA DNA BABIMy Profile

  5. slm , aen pun suka warna merah sebab warna merah itu ada aura ceria dan keyakinan bila melihatnya dan memakai baju warna merah. slm kenal buat teman-teman yang ada di sini..
    aen ashiqin recently posted..Arsenal baham Harimau MalayaMy Profile

    • Merah menawan.. Aya pun suka merah tapi Aya prefer pink untuk blog ni sebab lebih lembut dan tenang dilihat.. 🙂

  6. Ini memang info terbaik dan contoh terbaik untuk blogger2 newbie mcm sy. best best
    shah blogger recently posted..Cara pasang comment luv di blogspotMy Profile

  7. Terbukti blogger pun boleh buat duit, kan…bilalah nak dapat jadi macam red mummy?

  8. Betul betul betul.. ha

  9. peh red mummy memang dahsyat
    azfar recently posted..MU VS BOLTON WANDERERS 1-0 19-3-11My Profile

  10. RM mmg gah nama dia sekrang ni, tahniah
    tapi…
    Bloggerwanita pun boleh rasanya, 🙂

    http://www.penanti.com/contest-blog/domain-hosting-percuma-dari-penanti-com/
    .-= ceqla´s last blog ..Bekas Suami Siti Nordiana Meninggal Dunia- Faizal Yusof =-.

  11. hmm..boleh rasanya..tapi kena banyak bersabar la..benda macam ni mesti ambik masa..tengok kakred pon bertahun2 baru boleh berjaya cam tu kan=)

  12. kelebihan kak red..dia tu berhati waja(kalau x, xkn sggp masuk fear factor), pengalaman yg luas dn minat mengulas. nk jd top cam dia mmgla susah tp amazing kan bila seorg ibu mampu buat semua tugas dlm satu masa..

  13. Salam untuk BloggerWanita

    Kalau bleh nak jadi macam Red Mummy gak…tapi tu la,dengan kemahiran yang x seberapa ni…alahai

    • Salam unstoppable Blog, Takpa..InsyaAllah,perlahan-lahan kemahiran tu boleh kita dapat. Amin. Janji kena usaha cari ilmu.

  14. maaf jika mengganggu, aku tak tahu apa kehebatan red mummy sampai dia disanjung sbg antara best blogger di malaysia!

  15. bestnya jadi macam dia…

  16. Usaha lah, pasti boleh, ganbateh 🙂

  17. camne nk jd cam die ekk. rase cam best jer

  18. tuah di pencinta merah!

  19. Muhd Suhaily says:

    Satu contoh yg sgt berguna utk dikongsi bersama…

  20. berbaloi usaha dia selama ni…boleh dijadikan contoh 😀

  21. nk jdk mcm redmummy…dsmping leh kongsi pendapat, leh tambah ilmu dr plbgai aspek khdpn…:-)
    papepun tahniah pd redmummy n korg…

  22. hm..jelez gak tgk…tp xpe..die da otai.

  23. Teringin mengikut jejak langkah red mummy.. ^_^

  24. nak jadi macam redmummy.. hehe… maybe satu hari nanti. haha. berangan je..

    • oo. Amir nak pakai merah-merah jugak ke? hehe..gurau je. InsyaAllah .. Amir boleh tu. Malaysia boleh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge