Rahsia Di sebalik 12 Mei Sebagai Hari Jururawat Sedunia

12 Mei 2010 adalah Hari Jururawat Sedunia

Aku terlewat sehari untuk letak post entry topik ni. Busy lah.. :( . Tapi still tak terlewatkan untuk aku ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat atau kita panggil Nurse di seluruh Malaysia terutamanya kepada staf-staf jururawat yang bertugas bersama aku. Jasa korang.. aku suspect la.. hehe.. Jasa korang sentiasa aku hargai. Aku harap kita semua kenanglah jasa pengorbanan seorang jururawat walau sesaat pun sempena hari tersebut.

Korang tau, kenapa 12 Mei dipilih setiap tahun sebagai Hari Jururawat Sedunia?

Sebenarnya, Nurse’s Day ni dipilih sempena hari kelahiran Florence Nightingale pada 12 Mei 1820.

Siapakah Florence Nightingale?

Korang kenal?

Apa? Tak kenal? Biar betul korang ni…..

Hehe, actually, aku pun tak kenal gak. Baru gak aku kenal dia semalam selepas aku buat beberapa reading kat internet.

Florence Nightingale ni adalah seorang jururawat orang Puteh ( English Nurse ). Beliau ni dikenali sebagai “The lady with the lamp” , maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”, kalau dalam bahasa Melayu lah. Lebih kurang lah tu. Kenapa?

Pada zaman perang Crimean dalam tahun1854, Beliau selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan. Lebih kurang macam buat ward round lah di hospital. Sebab tu di panggil Lady with the Lamp.

Apa sumbangan Florence dalam bidang kejururawatan?

  • Florence telah memperkenalkan jururawat-jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey.
  • Pada tahun 1860, Florence juga telah menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London. Beliau telah menghasilkan ramai nurse-nurse yang membantu dalam proses kejururawatan.
  • Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.
  • Florence juga adalah seorang yang berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Beliau telah menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan pamplet tentang pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.
  • Dan banyak lagi sumbangan beliau…

Florence Nightingale telah meninggal dunia di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun pada 13 Ogos 1910.

Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.

Dah kenal dah siapa Florence Nightingale?

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

3 thoughts on “Rahsia Di sebalik 12 Mei Sebagai Hari Jururawat Sedunia

  1. [...] pesakit tersebut. Betul tak?Maka, jadilah seorang jururawat yang penyayang dan profesional. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia.  Tagged with apa itu gaji jururawat Hari Jururawat Hari Jururawat sedunia jenis jururawat [...]

  2. sama tarikh ngn bday sy..hihi..
    .-= din´s last blog ..AF8 Teori Konspirasi =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge