3 PROJEK PERNIAGAAN INTERNET

Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca dan blogger..

Lama tak update. Kenapa?

Aku banyak buat beberapa projek perniagaan internet yang boleh menjana pendapatan secara sambilan. Walaupun sibuk bertugas sebagai doktor, selepas masa bekerja adalah waktu perniagaan dan pemasaran internetku. Minat punya pasal lah katakan.. hihihi..

Bila depan komputer atau laptop, perasaan yang sangat menggembirakan untuk buat sesuatu kerja. Masa mula-mula berblogging dulu, Aku pernah duduk depan laptop selama 8 jam tanpa bergerak dari kerusi, walaupun ke tandas disebabkan sangat excited dan bersemangat dengan pelbagai idea dalam otak kepalaku ini. Tapi please jangan amalkan macam aku ye, confirm sakit belakang. hehe. terutamanya kaum lelaki muslim. Nampak sangat tak pergi solat kalau duduk 8 jam kat depan laptop. Betul? hihi. Kalau blogger wanita, masih boleh diterima sebab ada  lampu merah. 🙂

gambar laptop, gelas, pen, kertas

[box]Apa itu perniagaan internet?

Maksud perniagaan internet adalah:

Perniagaan internet adalah sebarang aktiviti perniagaan yang berlaku secara online iaitu menggunakan internet sebagai medium perantaraan di antara peniaga dan pembeli.

Secara asasnya, perniagaan internet boleh dibahagikan kepada:

1. Perniagaan digital.

  • Produk digital adalah seperti ebook dan video.

2. Perniagaan fizikal.

  • Produk seperti baju, kasut, handphone dan sebagainya

3. Perniagaan perkhidmatan

  • Produk mereka adalah perkhidmatan seperti perkhidmatan web design, pemasaran internet, pemasaran Facebook dan sebagainya.[/box]

Sekarang ini aku sibuk dengan beberapa PROJEK PERNIAGAAN INTERNETKU.. Projek internet yang aku buat ini bertujuan untuk menjana pendapatan secara pasif dan aktif. Sebab kita kena fikirkan dan cari sesuatu peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan seumur hidup dan bisnes yang boleh diwarisi.

1. PROJEK PERNIAGAAN INTERNET – Stevia Malaysia

  • SteviaMalaysia.com adalah satu projek internetku yang menjalankan perniagaan gula sihat iaitu pemanis gula stevia. Selain keuntungan, aku juga dapat menyebarkan maklumat tentang kebaikan stevia sebagai pengganti gula pasir yang terbaik. In Sha Allah.
  • Perniagaan ini boleh dilakukan secara online sahaja. Jangan risau, sesiapa berminat, aku dah buat TOOLS untuk bantu peniaga Stevia RCC. Siap bagi BONUS lagi…Hehehe

2. PROJEK PERNIAGAAN INTERNET – Perniagaan Langit

  • Projek ini masih dalam proses, sebab tu aku lama tak update blog, ini adalah bisnes yang boleh menjamin pendapatan secara pasif seumur hidup. In Sha Allah. I Think The Best Passive Income Ever.
  • Aku post artikel ini tengah malam tau..Sebenarnya aku baru je pulang dari jumpa prospek pukul 11 pm tadi. Terangkan kelebihan dan keuntungan perniagaan ini, terus beliau sertai. Syukur sangat-sangat.

3. PROJEK PERNIAGAAN INTERNET – Pembinaan Jenama

  • Projek ini masih dalam perancangan. Projek coaching dan training kepada rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja dahulu. Aku nak ajar ilmu pemasaran dan perniagaan internet. Pengalaman takdalah banyak pun, baru 7 tahun pengalaman. Aku nak buat coaching 1 by 1 dengan harga bajet dan murah.

Semoga aku dapat lakukan yang terbaik. In Sha Allah.

Ps: Bagi sahabat-sahabat yang nak follow perkembangan projek perniagaan internetku ini, boleh follow blog ini di FB BloggerWanita.com atau Google Plus ku.

11 thoughts on “3 PROJEK PERNIAGAAN INTERNET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge